Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Thursday 29 March 2012

Ujian~!!

Assalamualaikum sahabat2 semua..

kenapa ye..??
hati saya nie selalu teringat dekat seseorang??
saya xmahu teringatkan dia sebab tu jadi zina hati..
macam sakit jiwa je bila asyik duk teringat kat dia..

HadoiiiI~!! Subhanallah.. Ya Allah~!! UjianMu ini sangat berat untukku pikul..
sepanjang hidup saya, saya tak pernah teringatkan seseorang sampai begini sekali..
YA ALLAH!! Apakah hikmah dan rahsia di sebalik semua ini??
Saya sangat takut jika2 semua ini bakal menggugat ketenteraman jiwa saya..

Saya takut hendak menyukai seseorang..
Saya mengimpikan hanya satu perasaan sahaja..
Saya nak perasaan sayang saya hanya untuk yang lelaki yang bergelar SUAMI saya sahaja..
Saya xmahu berikan rasa suka dan sayang saya kepada insan yang xlayak...

pernah seseorang berkata kepada saya tentang jodoh..
saya takut nak jawab..
saya jawab, biarlah Allah yang tentukan..
Saya bukannya apa, kalau ikutkan hati, memang ada ciri2 idaman kita..
cuma saya xmahu menaruh harapan tinggi...
saya bukannya sempurna untuk mengimpikan yang lebih hebat dari saya..
Saya bukannya hebat untuk mengimpikan yang alim.
saya bukan ingin lihat pada rupa, pangkat dan harta yang bakal jodoh saya ada..
Saya xmengharapkan lebih..
Saya cuma mengimpikan semoga jodoh saya tu dapat membimbing saya dengan sebaiknya.

Justeru, saya taknak ada sebarang perasaan kepada sesiapa pun.
Saya sedar itu merupakan satu fitrah kepada semua manusia.
Sifat ingin menyayangi dan disayangi itu wajib ada.
Saya tak mahu salahkan sesiapa pun tentang saya suka kat dia tu..
saya sedar ini ujian yang paling berat Allah timpakan ke atas saya.
Sukar untuk saya hapuskan perasaan ini..
sehinggakan sudah dua kali saya bermimpi tentang dia..

Ya Allah~! UjianMu ini memang sangat berat.
Sekarang, saya tak menghubungi dia lagi melainkan jika ada urusan penting
dan dia pun sudah tidak menghadirkan dirinya dalam hidup saya..
Saya amat selesa begini..
kerana sekurang2nya dengan tidak melihat dia, saya tidak akan ingat kepada dia..
Namun, hadiah besday yang pernah diberinya menjadi satu nostalgia la plak..
MasyaAllah berat ujianMu ini Ya Allah..

Moga2 blog saya nie xde orang yang baca.
Saya hanya ingin membuat luahan hati saya.
Saya sangat2 sedih bila teringatkan dia..
Apakah hikmah saya menyukai dia??
Ya Allah~!! tak dapat saya nak fikir..

Cinta itu Buta,,
Boleh membawa kebinasaan..
Jika cinta itu tak berlandaskan syariat agama.
COUPLE is HARAM~!
itulah yang saya pegang sejak dari dulu..
ISLAM tak menghalalkan CARA,
Buatlah macam mana sekalipun, yang HARAM tetap HARAM.
yang HALAL diredhai olehNYA..

Sama2 kita jadikan iktibar ye,,

Salam sejahtera salam mujahidah..

Assalamualaikum dan selamat malam ye semua

Monday 5 March 2012

Nasihat buat yang suka~!!

Assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian..
hmmm.. da lama xpost entri baru kt dalam nie kan..
hari nie saya nak share sikit satu persoalan..

Hmm, saya nak cerita.. Hari tu ada sorg kawan sy bertanya pada saya, "Syuk2, macam mana ye kalau kita minat dekat seseorang tu?" 
Lalu saya pun jawabla.. "Suka yang macam mana tu??" 
"Saya suka dia kerana kebaikannya, saya suka dia sebab dia pandai jaga diri, saya suka dia kerana sifatnya."
Lalu saya bertanya lagi.. "Adakah kamu benar2 serius menyukainya? dan ingin mendirikan masjid di sisinya?"
"Kalau diikutkan hati, saya memang ingin menjadikan dia suri hidup saya, bidadari syurga saya, InsyaAllah. Namun, disebabkan beberapa faktor, saya tak dapat nak approach lagi feeling saya kat dia.." Jawab sahabat saya. "Kalau macam tu, jagalah hatimu agar tidak terjebak dengan maksiat, jagalah hatimu agar tidak terbuat zina hati, mata dan sebagainya, dan jangan lekas terjebak dalam cinta palsu (cinta sebelum nikah). Jika kamu benar2 bersedia, lamarlah dia. Jika dia jodohmu, InsyaAllah xkemana. Jika sebaliknya, tabahkanlah hatimu. Sentiasalah berdoa kepada DIA meminta pertolongan. Yang paling penting sekali, jangan menaruh harapan yang tinggi, dan jangan cuba untuk membuat wanita itu untuk tertarik hati kepada awk.. sebab sekali wanita itu tertarik, ini akan menyusahkan dirinya, membuat dirinya alpa dan lalai terhadap penciptanya." jawab saya,
"OK! bagaimana pula untuk melamar dia.?" tanyanya lagi.
"Kalau benar2 mahu, beritahu dia, kemudian beranikan diri meminta izin pada kedua2 ibubapanya.."
"Macammana pula kalau dia tak terima? Issshhhh.. takutlah.." kata sahabat saya itu.
"Sahabat, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi kita xcuba, jangan bina persepsi negatif. Berdoalah bnyk2 agar dibukakan hatinya buatmu. Sahabat, yang penting SOLAT ISTIKHARAH, pohon petunjuk daripada SANG PENCIPTA." 
"oh begitu ke..? InsyaAllah saya cuba." responnya.
"Baiklah kalau begitu, nanti kalau ada kenduri, gtaw ye. hohoho" jawab saya lagi.
"InsyaAllah"


P/S: Moral of da story. Kalau suka dkt seseorang, dan anda serius dengan perasaan itu, LAMARLAH dia dengan wasilah SOLAT ISTIKHARAH terlebih dahulu kemudian jangan sekali2 membina cinta yang tidak Halal. Kita hendaklah mencuba sebelum memutuskan kejayaan atau kegagalan kita. Kita kena yakin dengan diri kita.

##baiklah kawan2, jumpa lagi ye lain waktu##
Salam sahabat, Salam Mujahadah buat kalian..
Wallahu Ta'ala A'lam. ^_________^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...