Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Monday 5 March 2012

Nasihat buat yang suka~!!

Assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian..
hmmm.. da lama xpost entri baru kt dalam nie kan..
hari nie saya nak share sikit satu persoalan..

Hmm, saya nak cerita.. Hari tu ada sorg kawan sy bertanya pada saya, "Syuk2, macam mana ye kalau kita minat dekat seseorang tu?" 
Lalu saya pun jawabla.. "Suka yang macam mana tu??" 
"Saya suka dia kerana kebaikannya, saya suka dia sebab dia pandai jaga diri, saya suka dia kerana sifatnya."
Lalu saya bertanya lagi.. "Adakah kamu benar2 serius menyukainya? dan ingin mendirikan masjid di sisinya?"
"Kalau diikutkan hati, saya memang ingin menjadikan dia suri hidup saya, bidadari syurga saya, InsyaAllah. Namun, disebabkan beberapa faktor, saya tak dapat nak approach lagi feeling saya kat dia.." Jawab sahabat saya. "Kalau macam tu, jagalah hatimu agar tidak terjebak dengan maksiat, jagalah hatimu agar tidak terbuat zina hati, mata dan sebagainya, dan jangan lekas terjebak dalam cinta palsu (cinta sebelum nikah). Jika kamu benar2 bersedia, lamarlah dia. Jika dia jodohmu, InsyaAllah xkemana. Jika sebaliknya, tabahkanlah hatimu. Sentiasalah berdoa kepada DIA meminta pertolongan. Yang paling penting sekali, jangan menaruh harapan yang tinggi, dan jangan cuba untuk membuat wanita itu untuk tertarik hati kepada awk.. sebab sekali wanita itu tertarik, ini akan menyusahkan dirinya, membuat dirinya alpa dan lalai terhadap penciptanya." jawab saya,
"OK! bagaimana pula untuk melamar dia.?" tanyanya lagi.
"Kalau benar2 mahu, beritahu dia, kemudian beranikan diri meminta izin pada kedua2 ibubapanya.."
"Macammana pula kalau dia tak terima? Issshhhh.. takutlah.." kata sahabat saya itu.
"Sahabat, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi kita xcuba, jangan bina persepsi negatif. Berdoalah bnyk2 agar dibukakan hatinya buatmu. Sahabat, yang penting SOLAT ISTIKHARAH, pohon petunjuk daripada SANG PENCIPTA." 
"oh begitu ke..? InsyaAllah saya cuba." responnya.
"Baiklah kalau begitu, nanti kalau ada kenduri, gtaw ye. hohoho" jawab saya lagi.
"InsyaAllah"


P/S: Moral of da story. Kalau suka dkt seseorang, dan anda serius dengan perasaan itu, LAMARLAH dia dengan wasilah SOLAT ISTIKHARAH terlebih dahulu kemudian jangan sekali2 membina cinta yang tidak Halal. Kita hendaklah mencuba sebelum memutuskan kejayaan atau kegagalan kita. Kita kena yakin dengan diri kita.

##baiklah kawan2, jumpa lagi ye lain waktu##
Salam sahabat, Salam Mujahadah buat kalian..
Wallahu Ta'ala A'lam. ^_________^

7 comments:

  1. ok , nanti nak kendurri pon sy panggilye :)

    ReplyDelete
  2. saya harap Nur sudi terima saya,
    saya dah beri nama banyak masa untuk fikirkan,
    saya nak tahu jawapan Nur,
    saya harap Nur dapat terima saya,
    saya takut Nur pilih dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, saya perlukan lebih banyak masa untuk fikir,
      tolonglah jangan desak saya buat masa nie,
      saya perlukan waktu,
      benda nie bukan macam makan ais krim,
      bukan macam baca abc,
      awak nak saya faham awak,
      awak pun kenala faham saya juga,
      awak, kalau ada jodoh, insyaAllah xkemana,
      sekarang, saya belum temui sebarang jawapan lagi.
      Tolong beri saya sedikit waktu lagi awak,
      InsyaAllah, nanti saya beritahu keputusan saya.

      Delete
  3. tapi, dah terlalu lama saya menunggu,
    saya nak tahu keputusannya,
    Nur,
    apakah kelebihan dia?
    apa kekurangan saya?
    walaupun saya tak kenal dia,
    tapi, tetap saya rasa Nur adalah untuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh x awak berhenti merapu dalam blog saya nie?
      kalau orang baca,
      apa dia org akan fikir?
      tolong beri saya masa,
      insyaAllah, akan dapat jawapan.
      Boleh x awak bersabar.
      Kalau benda macam nie pun awak xleh nak sabar,
      esok2, andai kata saya jadi milik awak, adakah awak dapat bersabar dengan kerenah saya?

      oh ya? mana awak tahu blog saya?
      cukuplah awak, insyaAllah dua minggu lagi saya bagi keputusan dekat awak.

      Delete
    2. x Nur, saya sayang awak,
      insyaAllah saya xakan pernah sakiti awak.
      saya tahu segala2nya tentang awak.
      Jadi, xmustahil blog awak pun saya tahu.
      Baiklah Nur, saya tunggu keputusan dari awak.
      Saya harap keputusan awak positif Nur.
      Ikhlas, saya memang sayang awak dan saya nak awak
      jadi suri hati saya.

      Kerana Allah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...