Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Tuesday 3 July 2012

Memori Qiqie sejarah di Ulu Kenas.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tanggal 28 Jun 2012, pagi2 lagi ku bersiap untuk berangkat ke Kem Biro Tatanegara, Ulu Kenas, Perak untuk menghadiri satu kursus kepimpinan yang bertajuk "PROGRAM TRANSFORMASI : PEMIMPIN MAHASISWA PENDIDIK JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGM ZON UTARA"
Mulanya diri ini merasa takut dan kekok. Namun, setelah melihat pelbagai ragam manusia, diriku mula tertarik. Pada hari pertama, kem ini tidaklah sesyadid yang disangkakan. Diriku mulai merasa selesa dengan kem ini. Aduhai~!! sedikit sebanyak diriku mengenali pelbagai manusia dripada IPG yang berbeza disamping umur dan latar belakang yang berbeza.

Masuk hari kedua, kami di'expose'kan dengan pelbagai aktiviti yang boleh membantu meningkatkan keyakinan dalam kepimpinan ini. Kami bersama2 biro masing2 dari IPG lain dikerahkan untuk mencari satu resolusi dan jalan penyelesaian supaya dapat diketengahkan di dalam persidangan nanti. Namun begitu, resolusi kami ditolak.

Di sana aku mengenali cik Sue. Aku amat mengagumi sikapnya yang berani dan amat yakin itu. Subhanallah, sungguh aku kagumi akan sikapnya itu. InsyaAllah akan ku cuba untuk tampil sebegitu teguh sepertinya yang mana bangkit bermujahadah sebagai Penghuluwati. Sangat2 aku kagumi.

Malam hari ketiga, kami dibahagikan kumpulan. Kami dipaksa menyanyi untuk mendapatkan ahli kumpulan kami. dan didalam group 8 yang pada mulanya dikenali sebagai kumpulan BUAI LAJU-LAJU pada mulanya dan ditukar kepada INSPIRE itu terdiri daripada Abang Naqi, Abg Amirul, Abg Azrie, Abg Azhir, Abg Fadhli, Wafi, K.Mai, K.Ainun, K.Nisa, K.Midah, Tiqah, Wawa dan Aku ini tampak serasi bersama dan tak semena2 ku mendapat satu lagi panggilan manja yang hanya dipanggil oleh ahli grup INSPIRE sahaja iaitu QIQI. Sungguh aku segan dipanggil begitu, namun ku biarkan kerana nama itu telah mencipta satu sejarah yang xmungkin dapat dilupakan.

Kem ini berlangsung selama 4 hari, bermula dari 28 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012. 1001 kenangan telah tercipta. Alhamdulillah, diri ini juga mengenali k.Ira, K.Syikin, K.Pah, Hariz, Abg Syameer dan ramai lagi rakan2 JPP yang lain. diriku rasa teruja dapat mengenali org2 yang hebat, pemimpin2 berkaliber. Namun, diri ini tetap cemburu kerana Zulqarnain, selaku pengerusi ku tidak dapat menghadirkan diri ke kem tersebut. Namun, aku tetap redha kerana aku mahu zul melakukan yang terbaik buat masa depannya. Aku berdoa moga sahabat2 ku sentiasa kuat untuk menghadapi dugaan dan badai yang melanda, tidak mudah melatah dan tidak mudah patah semangat.

Ahli group INSPIRE mula berkenalan dengan lebih rapat di dalam LDK bersama fasilitator. Kami menceritakan kisah suka dan duka kami bersama. Kami mulai bertambah serasi lagi. Sememangnya, kami ibarat adik - beradik kerana kami memang bergembira sepanjang kami bersama. Melakukan aktiviti bersama, makan bersama dan memasak bersama.. Ku dapat rasai nikmat ukhuwah yang mula terjalin dan seikhlasnya, aku bangga dapat mengenali mereka dan rasa kasih terhadap ukhuwwah kami mula terpaut.

Wah, kenangan yang sukar dilupakan. Blogku ini akan menyimpan sejarahku ini. Moga2 terubat rindu di hati yang semakin menggebu. Qiqie yang kini hanya menjadi sejarah. 

##Abg Naqi, Abg Amirul, Abg Azrie, Abg Fadhli, Abg Azhir, Wafi, K. Mai, K.Midah, K.Nisa, K. Ainun, Tiqah dan Wawa~~ Qiqi akan ingat dan rindu korang. Salam 1 Malaysia, 1 IPG, 1 JPP dan salam 1 agama. :)##
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...