Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Friday 23 November 2012

SAYAP KIRI MUJAHID


Bismillahirrahmanirrahim.
Hmmm, bercakap mengenai sayap kiri mujahid. Selepas melalui beberapa fasa dalam kehidupan, hidup dalam lingkungan sahabat-sahabat yang teguh imannya, hebat kekuatan dakwahnya, membawa diri ini satu kesedaran. DAKWAH!

Sesungguhnya, menjadi seorang da'ie bukanlah sesuatu yang mudah. Kita perlukan ketahanan yang kuat, perlukan thaqafah yang luas. thaqafah itu bukanlah setakap skop yang sempit, luas skopnya. Setiap orang muslim itu adalah da'ie.. kalau bukan untuk mujtamak sekalipun, diri sendiri pun jadi. Tapi, bg saya, itu tidak berbaloi. Kita ada keluarga, kita ada sahabat, kita ada orang yang kita sayang, takkan nak biar kita je yang nak masuk syurga. 

"Sesungguhnya muslim itu bersaudara". 

dan saya, awak, kamu dan kita! Kita sama2 masuk syurga ye. Sama2 mengamalkan amar makruf dan nahi munkar dalam kehidupan kita. Kalau nampak kemungkaran, kita sama2 tegur ye. 

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.

 (riwayat Muslim )

Jom cegah kemungkaran! Jom jadi seorang mujahid/mujahidah yang lebih baik dirinya hari ini berbanding semalam. Kalau xmampu nak cegah dengan tangan ataupun dengan kudrat yang ada, kita cegah dengan nasihat dan teguran ye. ^^,  Kalau xmampu jugak, kita tegur dengan hati.. Tapi, pencegahan dengan hati adalah selemah-lemah iman. dan sesiapa yang tidak ada perasaan benci terhadap sesuatu kemungkaran malahan bersetuju pula dengan program-program maksiat yang dianjurkan maka ia sudah tidak ada iman lagi dalam hatinya.Islam gariskan kaedah terbaik bagi ummah tangani masalah sosial dalam masyarakat

Saya sebenarnya kagum dengan sahabat-sahabat saya, diorang punya thaqafah sangatlah tinggi nak dibandingkan dengan saya. Saya? Ape ade? Aku ade, kau ade? haihhh. sedih dengar ayat tuu. sedih, hiba, pilu rasa hati ini. Mengimpikan untuk menjadi seorang mujahidah, tapi thaqafah dan keyakinan yang ada tu sangatlah rendah. Mujahidah ape macam tuuu??

Kalau kita nak ajak orang buat baik, kita kena buat baik dulu. Kita jangan sesekali mengajak orang melakukan sesuatu, tapi kita tak buat pun benda tu.. Allah akan melaknat kita.


Allah S.W.T telah berfirman didalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٢ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّـهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٣ 

Mafhumnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


Justeru, kalau saya nak menasihati dan menyuruh seseroang melakukan sesuatu, saya kenalah melakukan sesuatu tuuu dulu. Kita perlu menunjukkan qudwah hasanah dahulu sebelum menyeru dan mengajak orang lain. Tindakan itu barulah lebih berkesan. betul x? Atau kita boleh je sama2 melakukan perubahan.

Seorang daie mestilah berhikmah terhadap mad'u nya. InsyaAllah, kita pasti boleh? Kita kan nak masuk syurga sama2. Cuba tengok saudara seislam dan seakidah dengan kita di Gaza, Palestin. saya betul-betul termotivasi dengan diorang. Betapa beruntungnya mereka boleh bejihad dan mendapatkan syahid. Alangkah bahagianya kalau kita dapat syahid. Kita imbau pula bagaimana kehidupan mujahidah di sana. Allahu Rabbi, saya betul2 terkesan. sebab itu, hati ini mula terdetik, Ya Allah, betapa lalainya diri ini, lalai dalam mendapatkan redhaMu. Prinsip hidupku ialah "Menjadi hambaMu yang mendapakan RedhaMu" tapi mengapa kadang aku sering alpa. Bantu aku Ya Allah, bantu aku untuk mendapatkan redhaMu, bantu aku untuk mendapat hidayah dan petunjukMu.

Tuula, saya sudah melalui pelbagai tamrin sejak di tingkatan 1 sekolah Menengah lagi. Tapi, baru sekarang saya menyedari akan kepentingan thaqafah dalam kehidupan seorang da'ie.. terdetik di hati untuk mencari seberapa banyak thaqafah yang ada, bukan hanya sekadar fiqh semata, tapi dari sudut usuluddin, tauhid, sirah, siasah, muamalat dan semua aspek kehidupan.

Betul, Islam itu Syumul! Islam itu mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia, juga bersifat Rabbaniyyah, yakni ketuhanan, bersifat inqilabiyyah (bebas daripada fahaman lain), bersifat 'alamiyyah(universal), bersifat waqi'iyyah (praktikal), bersifat tajarrud, bersifat thabat dan murunah (tetap dan fleksibel).

Doakan saya menjadi sayap kiri para mujahid ye. Doakan kita menjadi daie penegak kalimah La Ilaha Illallah.

 Takbir!Wa lillahil hamd.

Salam Mujahidah, salam buatmu para sayap kiri mujahid, insyaAllah. ^^,

Bittaufiq wan najah..


Monday 29 October 2012

Budak Kecik Tecik


teringat pada budak kecik kat umah..
namanya Amirin.
Raya Haji kedua hari tu pergi menziarah kt umah saudara mara..
pastu amirin ngan mama dia ikut sekali.
maka berlakulah perbualan ini.

Amirin  : Ma, k.nono balik bilo kedah?
Mama  : Male nie.. bkpo? nak g hantar jugop ko?
Amirin : bakpo k.nono sokmo mari meta jah? xpuas main ag nie.

@,@.. adoiii~!! terharu bila dengar dia cakap camtu.. Rindu jgk ek budak tu pada k.nono dia.. Amirin, k.nono g kedah 2minggu jah.. pahni k.nono balik, k.nono beli hadiah ko amirin, pahtu kito main sesamo deh.. kito main sapa puas. selagi xpuas, jgn breti.. huhu.. padehal.. brehi baloh ngan k.nono, xsangka plop rindu ko k.nono..

:D

Sunday 28 October 2012

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali nie, Nur nak tujukan kepada adik-beradik Usrah Jannah Nur. Nur xtahu kenapa, tapi malam nie Nur sedih sangat. Nur xtahu kenapa, walaupun xada sebarang pertalian, Nir sayang sangat dengan mereka. Nur xleh tgok kalau depa sedih, xleh tgok depa lam kesusahan. Allah dah campakkan rasa sayang dan kasih kepada depa melebihi rasa kasih Nur kepada diri Nur sendiri. Walaupun baru satu tahun setengah dengan mereka, walau xkenal mereka dengan rapat, walau jarang berbicara, walau jarang berhubung, rasa manisnya ukhuwwah itu tetap tersemai di hati.

Nur xharapkan depa baca entri Nur nie.. Nur jugak xharapkan sesiapa untuk baca blog Nur nie sebab memang Nur nak rahsiakan blog Nur nie sebab blog nie Nur hanya nak jadikan simpanan memori Nur je.. sekadar meluahkan rasa terbuku, sekadar dijadikan simpanan di hari mendatang.

Nur rasa cam malam nie, umur Nur pendek sangat. Yelah kan, ajal kita, kita tak tau bila. cuma yang terlintas di fikiran Nur pada waktu, saat dan detik ini pada jam 08:59pm, 28 Oktober 2012 dalam bilik No. 38, Aras 3 Blok P2 Kolej Kediaman IPG Kampus Darulaman ini, terdetik di hati Nur.

Ya Allah, Nur sayang adik beradik Usrah Jannah Nur.
Nur sayang sangat.
Nur tahu Nur banyak salah silap dekat depa, Nur mintak ampun Ya Allah.
Ya Allah, dulu.. mungkin Nur berkira dengan apa yang mereka lakukan terhadap Nur..
Sekarang, pada saat ini, Nur ampunkan segala salah silap depa pada Nur.
Nur halalkan segala makan minum depa.

Ya Allah,
Nur tahu, Engkau telah campakkan rasa kasih dalam hati Nur untuk depa.
Nur sayang depa melebihi rasa sayang Nur terhadap diri sendiri.
Nur sanggup lakukan apa saja untuk puaskan dan gembirakan hati depa.
Nur sanggup lukakan perasaan Nur sendiri.

Ya Allah, andai nyawa Nur tidak panjang.
Nur pohon Ya Allah, Nur pohon agar Engkau ampunilah segala dosa-dosa mereka.
Jagalah mereka dengan rasa Taqwa dan Iman kepadaMu.
Sayangilah mereka Ya Allah.
Jangan uji mereka dengan bebanan yang mereka tak sanggup hadapi.
Lindungi mereka.
Limpahkan rezeki dan kejayaan kepada mereka.

Ya Allah,
Walau mungkin Nur dah tak ada lagi,
Allah lindungilah mereka.
Semaikan rasa ukhuwah yang bersepadu dalam hati mereka.
Leraikanlah segala kekusutan yang melanda.
Andai ada hati yang tercalar, ubatkanlah.
Andai ada hati yang berdendam, leraikanlah.

Biarlah mereka hidup dalam rasa kasih antara satu sama lain.
Ya Allah, Nur pernah berharap
untuk pergi dari sini.
Pergi meninggalkan segala kekusutan yang melanda disini.
Namun, tetap Nur tabahkan hati.
kerana ingin bersama adik beradik Nur ini.
Ya, Nur akui dulu Nur hanya hipokrit semata.
Menutup rasa sedih dengan membiarkan banyak mulut mengata,
menunjuk gembira di depan mereka,
menangis terkapai terumbang-ambing sendirian.

Namun, makin lama mengenali mereka, 
membuat Nur untuk terus bersama mereka, bersama mencipta kejayaan
menuju gerbang kejayaan,
bergraduasi bersama.
terus mencari dan menyemai erti ukhuwah yang hakiki
dalam membina sebuah keluarga yang bersakhsiah tinggi dan saling menyayangi.

Perkenankanlah doa Nur.
Allahumma Ameen..


Gambar ahli Usrah Jannah Nur ada kat sebelah kanan blog Nur nie.. kat bawah sekali..
bolehla kalau nak tgok2. tula adik beradik Nur yang paling Nur sayang selepas 2 sahabat baik Nur, E dan Iman. Sayang depa kerana rasa kasih yang telah Allah campakkan dalam hati, sayang mereka kerana Allah, persaudaraan yang terjalin demi mendapatkan mardhatillah.

Wednesday 17 October 2012

Maafkan saya STKuK


Bismillahirrahmanirrahim

Kali nie, entri nie betul2 saya tujukan kepada awak.
Saya tahu awak xbaca blog saya nie,
sebab saya rahsiakan blog saya daripada orang lain.

saya ingin pinta kemaafan dari awak.
maaf, jika saya telah menolak awak jauh dari hidup saya.
maaf kerana telah menolak permintaan awak.
maaf kerana tidak dapat menerima awak.

Awak,
sudah puas saya berikhtiar,
sudah puas saya berfikir.
sudah puas saya menangis.
memohon pada yang Maha Pemurah
agar mengasihani saya,
agar memberikan saya pemikiran yang waras untuk menimbang baik buruknya permintaan awak itu.

Namun, akhirnya saya temui muhasabah cinta.
Cinta pada Ilahi, 
berharap pada yang Memahami.
saya temui kunci hidup,
sinar agama, ruang kebahagiaan.

MAAF! Anda tiada dalam kamus hidup saya.
Tidak semudah itu, untuk menerima insan yang saya tidak kenali.
Tidak semudah itu, saya menyungkurkan diri,
Tidak semudah itu, hati dimiliki,

HATI milik Allah,
usah dinafi lagi.

Salam penuh takzim, jangan kecewa.
Takdir itu Milik Allah.

Monday 15 October 2012

Bersyukurlah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada saat ini, pada waktu dan ketika ini, Allah masih lagi memberi ruang dan membuka pintu taubat kepada kita.
Allah juga masih lagi memberi peluang untuk kita mencari jalan-jalan perubahan untuk sama-sama perbaiki diri kita.
Allah juga masih lagi memberi nikmat untuk kita memperbanyakkan amalan-amalan kita.
Allah juga masih lagi memberi nyawa agar kita masih boleh berbakti untuk agama.
dan Allah bagi keamanan untuk kita persiapkan diri untuk berjuang di jalan Allah.
Allah juga masih lagi memberikan kita akal untuk kita berfikir dengan sewaras-warasnya kemana hala tuju kita selepas ini?
SYURGA ataupun NERAKA?
Moga-moga ditempatkan bersama Nabi Muhammad S.A.W, Para sahabat, Waliyullah dan juga Ulama'.

Terfikirkah kita?
Allah telah memberi banyak peluang kepada kita.
Ujian,
Mehnah,
Tribulasi,
Kesenangan,
Kebahagiaan,
Kejayaan,
Kegagalan,
Semuanya telah Allah berikan.
Tapi, bersyukurkah kita?
Di mana letaknya rasa kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya?
Mana buktinya?

Rasa Cinta dan kasih itu, bukan hanya sekadar ungkapan di bibir.
Bukan hanya sekadar terniat di hati.
Bukan sekadar luahan di jiwa.
Buktikan rasa kasih kita dengan amalan-amalan yang disertakan niat yang penuh pengharapan moga-moga ianya diterima.
Bina sifat ketakwaan dalam diri.
Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.


Wednesday 10 October 2012

NILAI yang RAPUH


##Luahan ini bukanlah untuk menghina sesiapa, tapi hanya untuk menyenangkan hati yang lara.
siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.
Maaf, sememangnya saya bersikap hipokrit! sebab saya masih lagi mahu menjaga hati-hati yang saya kasihi.
namun, semua itu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
apa yang saya korbankan, apa yang saya lakukan, apa yang saya usahakan, LANGSUNG tiada NILAI dimata yang menerima. 

Betapa ku meragui keikhlasan dalam berkawan. 
Sungguh tak kutemui maksud SAHABAT disini.
 Izinkan aku membawa diri, menjauhi segala masalah yang membelenggu.
 sungguh ku rindu SAHABATku yang nun jauh di sana,
 mengapa tegar aku dipisahkan. 
ku tak tertahan untuk di sini lagi. 

-Sungguh, aku hanya rasa dipermainkan disini.
 Perlunya aku hanya di waktu SUSAH sahaja, di waktu senang, aku sendirian, diabaikan. 
Sungguh, aku kecewa dengan sikap teman yang hanya menjadikanku sebagai BONEKA. 
Terima kasih duhai insan yang mengaku SAHABAT hanya pada mulut,
 akanku terus menjadi BONEKAMU. 

Aku sudah penat melalui semua ini.
Sudah penat!!
Sekarang, tolong biarkan aku sendiri.
Mulai detik ini, tidak akanku biarkan mana-mana insan untuk membonekakanku lagi.
aku sudah lama hidup begini, sejak berumur 7tahun lagi.
Hanya IMAN dan ATIKAH yang benar-benar sentiasa bersamaku disaat air mataku mengalir dan disaat mulutku kepoh bersuara.

Persetankan semuanya, aku sudah tidak percaya untuk mencari SAHABAT lagi.
Aku sememangnya bersyukur dengan apa yang aku ada.

Hatiku telah tawar dengan semua ini.
dan Aku..
akan mulai menjauh secara perlahan.

TITIK...!!

TERIMA KASIH SAHABAT!!

Tuesday 3 July 2012

Memori Qiqie sejarah di Ulu Kenas.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tanggal 28 Jun 2012, pagi2 lagi ku bersiap untuk berangkat ke Kem Biro Tatanegara, Ulu Kenas, Perak untuk menghadiri satu kursus kepimpinan yang bertajuk "PROGRAM TRANSFORMASI : PEMIMPIN MAHASISWA PENDIDIK JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGM ZON UTARA"
Mulanya diri ini merasa takut dan kekok. Namun, setelah melihat pelbagai ragam manusia, diriku mula tertarik. Pada hari pertama, kem ini tidaklah sesyadid yang disangkakan. Diriku mulai merasa selesa dengan kem ini. Aduhai~!! sedikit sebanyak diriku mengenali pelbagai manusia dripada IPG yang berbeza disamping umur dan latar belakang yang berbeza.

Masuk hari kedua, kami di'expose'kan dengan pelbagai aktiviti yang boleh membantu meningkatkan keyakinan dalam kepimpinan ini. Kami bersama2 biro masing2 dari IPG lain dikerahkan untuk mencari satu resolusi dan jalan penyelesaian supaya dapat diketengahkan di dalam persidangan nanti. Namun begitu, resolusi kami ditolak.

Di sana aku mengenali cik Sue. Aku amat mengagumi sikapnya yang berani dan amat yakin itu. Subhanallah, sungguh aku kagumi akan sikapnya itu. InsyaAllah akan ku cuba untuk tampil sebegitu teguh sepertinya yang mana bangkit bermujahadah sebagai Penghuluwati. Sangat2 aku kagumi.

Malam hari ketiga, kami dibahagikan kumpulan. Kami dipaksa menyanyi untuk mendapatkan ahli kumpulan kami. dan didalam group 8 yang pada mulanya dikenali sebagai kumpulan BUAI LAJU-LAJU pada mulanya dan ditukar kepada INSPIRE itu terdiri daripada Abang Naqi, Abg Amirul, Abg Azrie, Abg Azhir, Abg Fadhli, Wafi, K.Mai, K.Ainun, K.Nisa, K.Midah, Tiqah, Wawa dan Aku ini tampak serasi bersama dan tak semena2 ku mendapat satu lagi panggilan manja yang hanya dipanggil oleh ahli grup INSPIRE sahaja iaitu QIQI. Sungguh aku segan dipanggil begitu, namun ku biarkan kerana nama itu telah mencipta satu sejarah yang xmungkin dapat dilupakan.

Kem ini berlangsung selama 4 hari, bermula dari 28 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012. 1001 kenangan telah tercipta. Alhamdulillah, diri ini juga mengenali k.Ira, K.Syikin, K.Pah, Hariz, Abg Syameer dan ramai lagi rakan2 JPP yang lain. diriku rasa teruja dapat mengenali org2 yang hebat, pemimpin2 berkaliber. Namun, diri ini tetap cemburu kerana Zulqarnain, selaku pengerusi ku tidak dapat menghadirkan diri ke kem tersebut. Namun, aku tetap redha kerana aku mahu zul melakukan yang terbaik buat masa depannya. Aku berdoa moga sahabat2 ku sentiasa kuat untuk menghadapi dugaan dan badai yang melanda, tidak mudah melatah dan tidak mudah patah semangat.

Ahli group INSPIRE mula berkenalan dengan lebih rapat di dalam LDK bersama fasilitator. Kami menceritakan kisah suka dan duka kami bersama. Kami mulai bertambah serasi lagi. Sememangnya, kami ibarat adik - beradik kerana kami memang bergembira sepanjang kami bersama. Melakukan aktiviti bersama, makan bersama dan memasak bersama.. Ku dapat rasai nikmat ukhuwah yang mula terjalin dan seikhlasnya, aku bangga dapat mengenali mereka dan rasa kasih terhadap ukhuwwah kami mula terpaut.

Wah, kenangan yang sukar dilupakan. Blogku ini akan menyimpan sejarahku ini. Moga2 terubat rindu di hati yang semakin menggebu. Qiqie yang kini hanya menjadi sejarah. 

##Abg Naqi, Abg Amirul, Abg Azrie, Abg Fadhli, Abg Azhir, Wafi, K. Mai, K.Midah, K.Nisa, K. Ainun, Tiqah dan Wawa~~ Qiqi akan ingat dan rindu korang. Salam 1 Malaysia, 1 IPG, 1 JPP dan salam 1 agama. :)##

Monday 18 June 2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya hari ini rindu ini tidak dapat dibendung lagi.
Ya Allah, peliharalah ukhuwwah kami.
Jauhkanlah kami dari segala bala bencanaMu,
Hindarilah kami daripada melakukan maksiat terhadapMu.
Ampunilah dosa2 kami.
Sesungguhnya, dosa2 kami bagaikan pepasir di pantai.
Banyak dan tidak tertanggung untuk menanggung.

Ya Allah, andai ini yang terbaik buat kami.
Maka, semaikanlah ikatan ini pada landasanMu.
Bajailah kasih sayang kami hanya untukMu ya Allah,
Aku pohon agar semua perancanganMu terhadapku merupakan kasih sayangMu kepadaku,
dan bukanlah sebagai tanda kemurkaanMu kepadaku.

Ya Allah
Aku tahu kadangkala aku sentiasa melampaui batasan2 yang telah engkau tetapkan.
dan aku tidak mampu menanggung bebanan dosaku ini.
Engkau Maha Pengampun Ya Allah,
Engkau Maha Pengasih Ya Allah
dan Engkau Maha Pendengar Ya Allah.

Ya Allah, andai kami mampu menjadi wasilah dalam menegakkan syiar agamaMu,
maka satukanlah kami,
Jika tidak, jauhkanlah kami.
Andai kami yang terbaik antara satu sama lain,
maka ikatkanlah kami,
agar hati kami berpaut hanya untukMu.

Ya Allah, rendahkan nafsu kami.
Tingkatkanlah Iman Kami,
Mantapkan takwa kami,
Hebatkan Cinta kami terhadapMu Ya Allah.

Aku memohon kepadaMu dengan sebenar2 pohonan.
Moga kau tabahkan hati kami untuk menempuhi ujianMu,
Moga kami bisa tabah mengharungi kehidupan ini
dan jauhkanlah kami daripada fitnah2 dunia yang bertebaran
di dunia akhir zaman ini..

Amin, amin ya Rabbal Alamin.

##Salam Mujahadah, Salam Mahabbah##
Khas untuk , DIA + AKU = KAMI

Tuesday 12 June 2012

Diari Hatiku

Assalamualaikum



jawabnye..


hehe.

Dah lama xmenulis, mencoret dalam blog yang dah sunyi sepi nie.
Bukan ape, boring sgt duk kat umah nie..
mak, ayah keja, adik2 semua da p sekolah.
terpaksalah, tercongok sorang2 kt umah nie.

bila duk sorang2 nie, terimbau lak perbualan abg ngan tok su(adik kepada arwah tokwan)

Toksu : hari tu, masa dtg sini bulan 1,tokwan ada tanya, bila nak dtg lg? toksu cakap kt dia, insyaAllah bulan 3. dia bukan ape, dia nak kirim asam gelugor kt TakBai. Tgok2, belum pun sempat bulan 3 dia dah xde. Cik Long kamu tu telefon Fiza pukul 1, dia xsedar, pagi tu, pukul 7, toksu pun pelik, kenapa dia bangun Fiza bgun awal.. tanyela dye, kenapa bangun awal. dia cakap tokngah (tokwan) dah xdop. Toksu heranla mana plak tokwan kamu tu pergi sampai xde kt rumah. Fiza pun cakapla tokwan dah xde, dah pergi. Toksu pun terkocoh2 la tanya sape2 nak balik Kuala Besar. Tapi, toksu sampai pun, dah tengah hari, masa tu dah siap simpan dah pun. (dengan sedih toksu bercerita)

Abang : tula, nak buat cane, ajal dia dah sampai. Tokwan xde sakit papepun hari tu. Malam tu sebelum dia meninggal jam 1.30pagi tu, dia sempat tgok bola lagi dgn orang. Siap bersorak lagi. Tapi, tula lepas tu dia sakit dada, ingatkan macam sakit dada yang biasa2 je. tapi, xsangka plak, ajal tokwan dah sampai toksu. Nak kol Nur (sayala tu) pun susah. brapo puluh kali kol xdapat2.

Saya: handfon habis bateri masa org tgh tidurla, mana org nak tahu nak jd mcm tuuu.

Toksu :  Toksu xleh nak duduk kat umah tokwan kamu tu. Setiap penjuru terbayang wajah dia. Last sekali toksu jumpa dia, dia ajak tidur sekali dengan dia. tak pernah2 dia ajak tidur sekali, tiba2 malam tu suruh tidur sekali, katanya dia nak kipas. haha. maklumla kipaskan satu je.
Abang : xpela toksu, sekurang2nya toksu sempat nak tengok dia.


P/s: Tokwan! Kakngah doakan tokwan kat sana tenang2 ye. Tokwan, kat sini ramai org sayangkan tokwan. Kami akan selalu doakan kebahagiaan tokwan. Kami tahu tokwan susah hati kat sana. Kami akan bantu tokwan. Cikyah ada cerita dia mimpi tokwan. Tokwan, kami kat sini xpernah lupekan tokwan. Setiap saat tokwan dalam hati kami.

Tokwan, kakngah cukup terkilan xdapat tatap muka tokwan buat kali terakhir. Tokwan tahu, kakngah sampai hari nie xdapat nak hilangkan sesalan yang menggunung sebab kakngah xdpt jawab panggilan abg, kaklong dan adameil malam tu. Kakngah sedih sgt. Kakngah terlalu sedih. Pada hari yang sama tokwan meninggal tu, ada hari mengundi pilihanraya kampus. Masa tu, kakngah xkisah pun ape yg akn berlaku. sebab kakngah sedih sgt. kakngah xdpt nak fokus pada apa2pun masa tu. kakngah cuma fikir nak balik, nak tengok tokwan je. tapi, kakngah xdp balik! Kakngah kecewa sgt2.

Sampai hari nie, kakngah rasa macam xpercaya tokwan dah xde. Tokwan dah xde. Kami cuba telan hakikat ni perlahan-lahan. Tapi, kakngah xpasti kakngah dapat terima ke x. Bila ada kat kampung, tokwan sentiasa terbayang di mata, Suara tokwan terngiang2. Kakngah rindu tokwan! Rindu! Rindu sgt! Tapi, apa nak buat, kakngah hanya dapat ingat je memori kita bersama.

Masih terngiang lagi perbualan kita dulu, masa tokwan ikut ayah ngan mak hantar kakngah dekat stesen bas sebab nak balik kedah. Masa tu kita singgah dekat tesco, nak solat. Pastu tunggu yang lain dtg, kita berdua kat dalam kereta. Tokwan cakap kakngah, "tokwan mintak maaf sgt2 kalau waktu kakngah kecil2 dulu, tokwan selalu pukul kakngah, selalu cubit kakngah. Bukan ape, kakngah masa kecil2 dulu buas." Tokwan, kakngah xpernah simpan apa yg tokwan buat dulu sebab dulu kakngah kan kecik lg, dan kakngah memang buas pun. Kakngah sayang tokwan. 

Apa2pun.. kakngah tetap mendoakan tokwan disana, Tokwan sentiasa dalam hati kakngah setiap detik dan saat. Kakngah rindu tokwan! Rindu sgt2. sekarang kakngah hanya dapat tgok gambar tokwan dengan pusara tokwan je kalau kakngah rindu. Tokwan, kakngah redha dengan takdir Allah. Kakngah redha sgt2. Sayang tokwan.  Semoga Tokwan tenang disana. Semoga Allah tempatkan tokwan bersama orang2 yang beriman. Tokwan tunggu kakngah disana tau. Tunggu ye tokwan. Ya Allah, tempatkanlah tokwanku, Wan Eshah binti Wan Ibrahim di syurgaMu Ya Allah.




Sayang Tokwan!! 


Thursday 29 March 2012

Ujian~!!

Assalamualaikum sahabat2 semua..

kenapa ye..??
hati saya nie selalu teringat dekat seseorang??
saya xmahu teringatkan dia sebab tu jadi zina hati..
macam sakit jiwa je bila asyik duk teringat kat dia..

HadoiiiI~!! Subhanallah.. Ya Allah~!! UjianMu ini sangat berat untukku pikul..
sepanjang hidup saya, saya tak pernah teringatkan seseorang sampai begini sekali..
YA ALLAH!! Apakah hikmah dan rahsia di sebalik semua ini??
Saya sangat takut jika2 semua ini bakal menggugat ketenteraman jiwa saya..

Saya takut hendak menyukai seseorang..
Saya mengimpikan hanya satu perasaan sahaja..
Saya nak perasaan sayang saya hanya untuk yang lelaki yang bergelar SUAMI saya sahaja..
Saya xmahu berikan rasa suka dan sayang saya kepada insan yang xlayak...

pernah seseorang berkata kepada saya tentang jodoh..
saya takut nak jawab..
saya jawab, biarlah Allah yang tentukan..
Saya bukannya apa, kalau ikutkan hati, memang ada ciri2 idaman kita..
cuma saya xmahu menaruh harapan tinggi...
saya bukannya sempurna untuk mengimpikan yang lebih hebat dari saya..
Saya bukannya hebat untuk mengimpikan yang alim.
saya bukan ingin lihat pada rupa, pangkat dan harta yang bakal jodoh saya ada..
Saya xmengharapkan lebih..
Saya cuma mengimpikan semoga jodoh saya tu dapat membimbing saya dengan sebaiknya.

Justeru, saya taknak ada sebarang perasaan kepada sesiapa pun.
Saya sedar itu merupakan satu fitrah kepada semua manusia.
Sifat ingin menyayangi dan disayangi itu wajib ada.
Saya tak mahu salahkan sesiapa pun tentang saya suka kat dia tu..
saya sedar ini ujian yang paling berat Allah timpakan ke atas saya.
Sukar untuk saya hapuskan perasaan ini..
sehinggakan sudah dua kali saya bermimpi tentang dia..

Ya Allah~! UjianMu ini memang sangat berat.
Sekarang, saya tak menghubungi dia lagi melainkan jika ada urusan penting
dan dia pun sudah tidak menghadirkan dirinya dalam hidup saya..
Saya amat selesa begini..
kerana sekurang2nya dengan tidak melihat dia, saya tidak akan ingat kepada dia..
Namun, hadiah besday yang pernah diberinya menjadi satu nostalgia la plak..
MasyaAllah berat ujianMu ini Ya Allah..

Moga2 blog saya nie xde orang yang baca.
Saya hanya ingin membuat luahan hati saya.
Saya sangat2 sedih bila teringatkan dia..
Apakah hikmah saya menyukai dia??
Ya Allah~!! tak dapat saya nak fikir..

Cinta itu Buta,,
Boleh membawa kebinasaan..
Jika cinta itu tak berlandaskan syariat agama.
COUPLE is HARAM~!
itulah yang saya pegang sejak dari dulu..
ISLAM tak menghalalkan CARA,
Buatlah macam mana sekalipun, yang HARAM tetap HARAM.
yang HALAL diredhai olehNYA..

Sama2 kita jadikan iktibar ye,,

Salam sejahtera salam mujahidah..

Assalamualaikum dan selamat malam ye semua

Monday 5 March 2012

Nasihat buat yang suka~!!

Assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian..
hmmm.. da lama xpost entri baru kt dalam nie kan..
hari nie saya nak share sikit satu persoalan..

Hmm, saya nak cerita.. Hari tu ada sorg kawan sy bertanya pada saya, "Syuk2, macam mana ye kalau kita minat dekat seseorang tu?" 
Lalu saya pun jawabla.. "Suka yang macam mana tu??" 
"Saya suka dia kerana kebaikannya, saya suka dia sebab dia pandai jaga diri, saya suka dia kerana sifatnya."
Lalu saya bertanya lagi.. "Adakah kamu benar2 serius menyukainya? dan ingin mendirikan masjid di sisinya?"
"Kalau diikutkan hati, saya memang ingin menjadikan dia suri hidup saya, bidadari syurga saya, InsyaAllah. Namun, disebabkan beberapa faktor, saya tak dapat nak approach lagi feeling saya kat dia.." Jawab sahabat saya. "Kalau macam tu, jagalah hatimu agar tidak terjebak dengan maksiat, jagalah hatimu agar tidak terbuat zina hati, mata dan sebagainya, dan jangan lekas terjebak dalam cinta palsu (cinta sebelum nikah). Jika kamu benar2 bersedia, lamarlah dia. Jika dia jodohmu, InsyaAllah xkemana. Jika sebaliknya, tabahkanlah hatimu. Sentiasalah berdoa kepada DIA meminta pertolongan. Yang paling penting sekali, jangan menaruh harapan yang tinggi, dan jangan cuba untuk membuat wanita itu untuk tertarik hati kepada awk.. sebab sekali wanita itu tertarik, ini akan menyusahkan dirinya, membuat dirinya alpa dan lalai terhadap penciptanya." jawab saya,
"OK! bagaimana pula untuk melamar dia.?" tanyanya lagi.
"Kalau benar2 mahu, beritahu dia, kemudian beranikan diri meminta izin pada kedua2 ibubapanya.."
"Macammana pula kalau dia tak terima? Issshhhh.. takutlah.." kata sahabat saya itu.
"Sahabat, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi kita xcuba, jangan bina persepsi negatif. Berdoalah bnyk2 agar dibukakan hatinya buatmu. Sahabat, yang penting SOLAT ISTIKHARAH, pohon petunjuk daripada SANG PENCIPTA." 
"oh begitu ke..? InsyaAllah saya cuba." responnya.
"Baiklah kalau begitu, nanti kalau ada kenduri, gtaw ye. hohoho" jawab saya lagi.
"InsyaAllah"


P/S: Moral of da story. Kalau suka dkt seseorang, dan anda serius dengan perasaan itu, LAMARLAH dia dengan wasilah SOLAT ISTIKHARAH terlebih dahulu kemudian jangan sekali2 membina cinta yang tidak Halal. Kita hendaklah mencuba sebelum memutuskan kejayaan atau kegagalan kita. Kita kena yakin dengan diri kita.

##baiklah kawan2, jumpa lagi ye lain waktu##
Salam sahabat, Salam Mujahadah buat kalian..
Wallahu Ta'ala A'lam. ^_________^

Friday 24 February 2012

MUNGKIN ADA HIKMAHNYA

Assalamualaikum..

korang nak tahu x, saya telah bertanding dalam Pilihan Raya Kampus Untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013. Secara paksarela dan tidak ikhlas hati, saya masuk bertanding. Mungkin saya patut perbetulkan niat saya.. Saya sangat2 tahu, kita perlu melakukan sesuatu dengan ikhlas. dan saya amat2 tahu bahawasanya kawan2 saya menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada saya. Tapi, saya xpahamla, kenapa saya ye..??

 hmmmm.. ntahla... semenjak kami mula2 lakukan mesyuarat untuk menghantar wakil bagi pilihan raya JPP nie, hidup saya jadi huru-hara sikit.. Mungkin sebab saya terlalu memikirkan tentang masalah terbaru nie kot.. hmmm, terbaru ke...?? yup.. ofcoursela terbaru,, sebab selama ni, saya xpernah pegang jawatan yang tinggi2 baik di SM ataupun SK.. jawatan paling tinggi pun sebagai Ketua Kelas je.. tinggi sikit lg, sebagai AJK Tugas2 Khas bagi Badan Dakwah.. Hmmmm.. Saya takut untuk pegang amanah yang seberat nie.. Amanah bukannye boleh buat main2... kita xboleh suka2 hati je lantik sesiapa je.. kita kena pilih orang yang betul2 ada kelayakan.. Barulah sesuatu tugas tu boleh dilaksanakan dengan sebaiknya... 

Hmmm.. Saya xnampak apa kelebihan yang ada pada diri saya.. hhmmm. Mungin Allah tahu.. Mungkin Allah nak melatih saya untuk menjadi seorang mukmin yang lebih baik.. mungkinla... atau mungkin jugak Allah nak uji tahap keimanan saya.. Allah nak tgok, sejauh mana saya ingat kat dia bila dia taklifkan amanah seberat tu kepada saya.. mungkinla kot.. Wallahua'lam.. Allah yang tahu apa yang terbaik buat saya dan orang llain.. Hmmm... Apa yang saya harap... kalaulah saya terpilih, saya harap saya boleh melakukan tugas ini dengan sebaiknya dan dengan penuh ikhlas.. Saya xmahu melaksanakan tugas nie atas sebab lain, atas sebab nak cari populariti ke, atau untuk meng'expose' kan diri kepada orang... TIDAK!!! saya xmahu jadi orang lain kalau saya dapat taklif nie.. TAK MAHU!!! I just want to be myself..!! Mungkin lepas ni, xleh kot nk buat perangai gila2 sikit.. adoyai.. kena jaga etika la plak nie.. sabo jela... I JUST WANT TO BE MYSELF!!! saya xkisah saya terpilih ke x, lam pilihanraya tu,, 

saya cuma harap, apa2 je yang berlaku selepas nie, saya akan jalani kehidupan saya dengan sebaiknya.. Kata kawan saya, Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita... Saya dah dapat banyak bukti tentang kata2 nie.. MEMANG xsia2 kalau kita tolong agama Allah.. Seriously, saya xrisaukan pointer saya pun kalau saya jd JPP.. Cuma, apa yang saya risaukan ialah bagaimana kehidupan saya kalau saya jd JPP. Mampukah saya jalaninya..??? hmmm.. Wallahu Taala A'lam.. Apa2pun saya harap, sahabat2 saya akan terus berada disamping saya tikamana saya susah dan senang sebab sesungguhnya Demi Allah, saya amat sayangkan mereka dan saya amat2 perlukan mereka dalam menjalani liku2 kehidupan saya sepanjang saya berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sampai Sem 8 PISMP tahun 2016 nanti.. InsyaAllah..


##Salam Mujahid untuk semua.. Wallahua'lam##

Saturday 14 January 2012

Ya Allah! Aku Jatuh Cinta~!!

Cinta..
Ianya hadir tanpa dipinta
Menghembus lembut belaiannya.
ada apa dengan cinta?

Sudah fitrah manusia
ingin mencintai dan dicintai
namun, 
Cinta Abadi Cinta Ilahi.

Salahkah kita mengharap cinta?
Salahkah kita ingin bercinta?
Salahkah kita mencintai seseorang?
Salahkah kita merindui seseorang?

Cintailah dia kerana DIA
sayangilah dia kerana DIA
Rinduilah dia kerana DIA
Semuanya hanyalah kerana DIA, Tuhan Pencipta Kita

Bagaimana???
sahabat2.. sudah lumrah dan fitrah manusia, ingin mencintai, dicintai, merindui, dirindui, menyayangi dan disayangi.. Tak dapat dinafikan peranan cinta itu amat besar.. Namun, harus diingat!! Cinta Allah itu lebih Agung, lebih Mulia.


Pasti korang tertanya2, adakah sy punyai fitrah sebegitu? Jawapannya.. sudah semestinya.. walaupun pada luarannya, sy agak sukar unt berkomunikasi dgn ajnabi di alam realiti, namun pada dalamannya, rasa ingin bertegur sapa, mengenali semua yang ada itu tetap ada.. Namun, sy cuba mempraktikkan apa yang saya belajar, apa yg sy ketahui.. Saya pegang kata2 ustazah saya.. "Jagalah batas pergaulan kamu, jangan biar segala budaya disana menjatuhkan diri kamu sebagai seorang muslimah". bak kata pepatah arab, "Ilmu tanpa amalan, ibarat pokok tanpa buah" Bayangkan.. kita belajar sesuatu, tapi kita tak amalkan, apa guna ilmu itu?? Baik xpayah belajar.. Sesuatu tumbuhan yang kita tanam, pastinya kita mahukan hasilnya bukan?? Kalau xde hasil, apa guna kita tanam?

Itu jualah saya pegang, segala ilmu baik yang kita pelajari, haruslah kita praktikkan.. Kita harus bina diri kita kearah Mukmin sejati... Kita harus ikhtiarkan agar kita sentiasa teguh berdiri dan berjalan pada landasan yang betul. Mengenai fitrah manusia tadi, sy juga punyai semua perasaan seperti.. sangat2 xdpt dinafikan.. Namun, sy telah diterapkan dalam diri sy bhawasanya COUPLE itu HARAM! kenapa? sebabnya ianya lebih membawa ke arah maksiat... dengan berborak kosong dengan lelaki ajnabi pun, kita dah dapat dosa.. dosa pulak xterbilang.. inikan pula bilamana kita bercinta.. Cinta sebelum kahwin itu lebih banyak membawa dosa..
Mengapa perlu kita menzalimi diri sendiri dengan menambah dosa2 yg sedia ada? Sudahlah dosa akibat perbuatan lain xtertanggung, inikan pula ditambah dengan dosa bercinta..
Sesungguhnya Allah melarang kita daripada mendekati zina.. Zina pula ada banyak.. ada zina mata, ada zina hati, ada zina tangan, dan macam2 lagila.. MasyaAllah.. kalaulah bercinta, dah berapa banyak zina yang kita buat?? Zina mata apabila menatap wajah si dia yg tidak halal bagi kita. Zina hati apabila merindui si dia yang tidak halal bagi kita. Zina tangan apabila menyentuh si dia yg tidak halal bagi kita.. MasyaAllah, banyak dosa yang harus ditanggung! Sanggupkah korang??

Jadi, bagaimana cinta yang HALAL itu??

Sahabat2 yang saya kasihi sekalian, Cinta yang Halal itu Cinta kepada suami kita. Cinta selepas berkahwin. Masa itu, segala apa yang kita buat, semuanya pahala buat kita. Bila merindui suami kita, PAHALA. Bila menyayangi suami kita, PAHALA. Bila melihat suami kita, PAHALA.. MasyaAllah.. pemurahnya Allah.. Sampai begitu sekali Allah menjaga hamba2Nya. Jika mahu bercinta, kahwinlah.. Ingatlah! Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Kita harus kurangkan agenda mencari si SOLEH, sebaliknya tingkatkanlah agenda menjadi si SOLEHAH..

YA Allah!! Aku rindu kepada dia.. Aku rindu kepada jodohku.. Namun, aku tidak tahu siapakah jodohku yang bakal ENGKAU satukan dia dengan diriku.. Aku akan tetap menunggu jodohku.. Aku tidak mahu cintaku diluahkan dengan sia2 kepada si dia yang bukan jodohku. Ya Allah! Aku pohon, kau tingkatkanlah keimanan dalam diriku ini agar aku masih tegar berdiri dalam keredhaanMU.

Ya Allah! Aku Jatuh Cinta pada jodohku!


"Salam Mujahid buat semua =)"

-asyubafinani08.blogspot.com-

Diari Perjalanan hidup di IPDA~!! =)

Assalamualaikum wb.t sahabat2 semua..
da tersangat lama kan sy xupdate blog nie..  sy kangen bangat sama kamu nie.. huhu
da dua minggu sy berada di IPDA.. wah3.. mcm2 jugakla kena lalui nie.. dugaan dan cabaran sedia menanti.. Biasalah, ujian tu kan wajib kita lalui sebagai hambaNya. Allah uji kita sebab dia sayangkan kita. Betul tak..??

Since da lama sgt x update blog nie.. meh sy crita kisah perjalanan hidup saya dr 1januari hingga 14januari.. nak x..??

ok.. 1 n 2 Januari.. bermulalah hari saya bertolak dari Kelantan ke Jitra, Kedah.. Masa dr rumah nk ke terminal bas tu, saya singgah dkt Tesco Kota Bharu dulu, singgah solat Isyak. Pastu terus ke terminal bas.. MasyaAllah.. sesak sangat terminal bas.. kena menyelit kat situ, kena menyelit kat sana... dahla sy nie xberapa nak kurus, kena main selit2 plak.. naya tol.. hehehe.. sy berjanji ngan kawan sy untuk jumpa kat terminal bas tu,.. tau x kenapa..??? sebabbbbbbbb... dia nak bg sy sebuah buku.. nak tau x, tajuk apa buku tu..?? tajuk dia... "Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul"

niela gambar buku tu..


Ya Allah.. best sgt baca buku nie.. tersangat best.. Ingin dipraktikkan rasanya apa yg terkandung lam buku tu.. InsyaAllah moga2 tercapai..  InsyaAllah, kalau saya ada masa lapang, saya akan selitkan sikit apa yg terkandung lam buku tu buat tatapan korang.. InsyaAllah.. Buku tula yang kawan sy bg.. terharu sgt dia bg.. pas tu, sy pun naikla bas menuju ke Jitra.. 7jam duk lam bas sangatlah menyeksakan jiwa dan perasaan ku ini.. wah.. susahnye kalau ade penyakit mabuk bas nie.. haiyoooooo~!! pening wooo.. hehe.. Asalnya sy berjanji ngan kawan2 seIPDA sy unt blik ke Jitra tp malangnya, bas kitorg xsama.. kuang3.. sedih kan.. hehe.. tepat pukul 5.00 pagi, bas yg sy naiki sampai kat Jitra.. bila turun, tempat tu macam xpernah nampak... takutla plak.. tambah2 sy sorang je perempuan yg turun kat situ bersama 4 org lelaki.. dahla xbiasa bercakap ngan dorg, so sy suruh pakcik bas turunkan sy dkt Jitra n then memang pakcik tu turunkan sy dkt Jitra betul2 la... tp, sy kenalla tempat tu.. n now, lg naya.. pukul 5 pg.. sendirian dkt sebuah pekan.. Alhamdulillahla, waktu tu sy xgelabah sgt.. hehe.. kalau x, mahunya nanges kt situ sendirian...  gelap kot waktu tu.. n setelah kol Pak Cik Prebet, Alhamdulillah, syukur sgt2 pakcik tu nak dtg amik.. Terharunye.. n then tepat kul 5.30 sampai kt Kolej kediaman, terus sy p amik kunci n then naik bilik, kemas barang, then solat Subuh.. lepas tu rehatkan mata, minda dan badan.. Alhamdulillah safe journey.. Pengalaman yang xmungkin ku ulang lagi kot.. InsyaAllah..



4 Januari 2012
da start masuk kelas da ai nie.. semua berjalan lancar.. dapat jadual kelas pun hari tu jugak.. n sy n classmates yg lain sgtlah hepi bilamana kitorg dpt tahu yg Pn. Ranjani xajar kitorg... hepiii sgt... tahu x kenapa??? sebab... keje skolah kitorg xsiap.. hehe.. kitorg suka je sebenaqnya belajaq ngan Pn. Ranjani.. dye ok je.. tp, sbb dia selalu bg homework bertimbun, sebab tula takut nk blajaq ngan dye... hehe..

5Januari da lupa la, 6Januari pun da lupa, 7 dan 8 januari pun.. hehe..

9Januari... 
sy n classmates dpt tau bahawasanya kitorang kena jadi fasilitator atau pembantu mentor untuk minggu pendaftaran pelajar baru DPLI-GSTT dan PPISMP-GSTT yang mana umur depa semua lebih tua dr kitorg yaitu 20-35tahun.. nervous kot kitorg..  wah2.. malam tu memang nervous.. kitorang diduetkan dalam satu kumpulan.. dan pada hari nie jugak classmates telah lantik sy jd Pkk kelas.. uwaaaaa~!!! dilantik tampa undian.. sabo jela.. berat jugak nak pikul Amanah nie.. yela, mana ada amanah yang xberat.. kalau xlaksanakan dengan sebaiknya, DOSAlah jawabnya.. InsyaAllah, saya akan cuba usahakan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik..

10Januari 2012..
pukul 8pg.. kitorg kena uruskn pendaftaran... wah!! sy pegang kelas BAHASA CINA 2.. semuanya student cina... dengan memakai blazer, sy handle semua tu.. wah3.. rasa cam GURU BESAR la plak bila pakai blazer.. hahahhaha.. lawak kann..?? kikiki.. Pendaftarn berjalan sehinggalah pukul 11.30pagi. lepas tu kitorg p makan n then kena bergerak menuju ke Bilik Kaunseling untuk menyiapkan modul2 ldk untuk keesokan harinya.. dan pada waktu yg sama, result semester 1 diumumkan oleh KK kitorg.. nervous kot.. Alhamdulillah, Allah bg sy keputusan yg baik untuk sy.. Hepi sgt.. terharu sgt.. Subhanallah, kuasa Allah... sy dpt 3.62 pointer.. Berita gembira nie sy share dgn bonda tersayang.. Mungkin jugak berkat bonda sy yg sentiasa mendoakan kejayaan sy kot.. Subhanallah.. Redha Allah terletak pd redha ibu bapa.. Doa Ibu itu sgtlah mujarab.. Terima kasih mak! Tp, sy sedih jugak bilamana sy dpt taw kawan sy sedih.. sy cuba bg semangat kt dia.. semoga dia dpt bersabr. semoga Allah beri kekuatan kt dia untuk menjalaninya dengan tabah..

11Januari
bermulalah ldk dr pukul 8pg sehingga pukul 5ptg,. Ldk tu kitorg xbercakap sgt.. sebaliknya mentor yg ckp.. memang tersangat mengantuklah bila dengaq je apa yg mentor ckp.. hehe.. tp ok la, semua ahli group sy baik2 semuanya.. dyorg panggil sy kakak.. walhal sy muda drpd dyorg... kikiki terasa tua la plak.. hehe.. seharian xmasuk kelas.. lecture marah sebab terlupa inform kt dyorg.. serba salah jdnya.. harap diampunkan..

nila muka2 fasilitator perempuan.. hehe.. bakal2 ustazah... insyaAllah..

12Januari 2012 da lupala.. hehe

13Januari 2012.. 
wah pg tu ada kelas PJ.. Lecturer kami suruh pusing track [lari] sebanyak 3 round... Ya Allah semput kot.. baru 3 track.. tu pun da ambil masa 20 minit. macam mana nak pusing 6track lam masa kurang dr 20 minit.. nayala kami nanti.. lepas lari kitorng kena buat warming up.. sy pun buatla.. Ya Allah, bukan warming up yg biasa sy buat, tp yang luar biasa punye.. malu kot... sebab buat kt tgh2 padang.. kelas lain pun ada sekali. dahla ada warming up yg kena baring, kena meniarap segala lg.. MasyaAllah, xpernah lg ku buat macam tu sebelum ni di tempat awam.. Ya Allah, ampunilah dosa2ku.. Maluuuuuu sgt... subhanallah... malunye... lepas tu kena buat 6 aktiviti senaman.. Masya Allah.. aktiviti first kitorg kena lari sejauh 400m.. yg tu okla.. yg kedua plak, kitorg kena lari sambil tepuk paha.. susahla nk explain.. hehe.. rasa macam badut je bila buat aktiviti tu.. yg ke3 plak, kena lari smbil tendang2 segala... haiyaaaaa~ da boleh bukak sarkas kut.. hehe.. yg ke 4 plak... kena lari slow2... haha.. lawak2.... sakit perut kot gelak.. haiyaaaaa~!! manyak mikin gua pusing.. hehe.. yg ke 5 plak.. kena lari tp slow. kaki je yg laju..hehehe.. penat kot.. yg last skali plak.. kena lari untuk rampingkan pinggang... Ya Allah, da mcm shuffle lak rasanya.. malu kot.. subhanallah.. memang mencabar dan menguji keimann betulla semua aktiviti tu.. yg betul2 last plak, kitorg kena slowwalk track untuk 2round track.. yg tu memang betul2 slowla.. hehe..

Petang tu, bila habis kelas, pengsan kot.. penat sgt.. Haiyaaaa~!! xlarat doe.. hehe.. pukul 2 plak ada rehersal unt majlis anugerah pengarah unt pelajar cemerlang... majlis tu hari isnin nie, sy n kwan2 yng lain kena pgg bunga manggar sambut pengarah n then pas tu kena bg sijil nanti.. nervous kut.. hehe.. blik bilik.. seluruh anggota badan sakit gara2 kelas PJ pg td.. sabo jela.. haiyaaaa~!! ni semua ujian dan dugaan yg diberikan oleh Allah yg harus sy jalani.. semoga sy tabah menempuhnya.. InsyaAllah.. korang doakn sy taw~!! =)

pastu 13 Januari kitorg cuti, hari jumaat.. huhu.. xde benda menarik pun.. n then hari nie.. 

14 Januari 2012..

pg td p joging.. syok taw p joging.. best sgt.. smpai kaki ku sakit sgt.. uwaaaa~!! macam2 la.. pas joging, kitorg singgah kt sebuah taman permainan nie.. kitorg jd kanak2 jap. main buaianla, main jongkang-jongketla... macam2.. hehe.. lawak2.. haha.. pastu kul 10 lak p teman ustazah kitorg p Aloq Setaq sebab nk beli buku.. tp ustazah singgah kt GIant dulu sebab nk beli barang sikit.. naik kereta Toyota Hybrid.. wahh~!! hebatla.. hehe.. masyaAllah, xmatured tol perangai.. hehe..  smbil menyelam minum air. itulah diibaratkan daku skrg.. sambil teman ustazah, kita pun jalan2 lah sekali.. syok taw.. hehe.. terima kasih ustazah sebab bg peluang kitorg ronda Alor Star.. hehe.. Syukur Alhamdulillah Allah bagi peluang dan ruang untuk kami..!! Terima Kasih Ya Allah.. =)









setakat tu jela dulu kot kisah hidup sy.. semoga korang terhibur dengan telatah sy.. hehe.. Salam Mujahid buat semua.. =)

-asyubafinani08.blogspot.com-

Thursday 5 January 2012

ISTIMEWANYA AIR WUDUK.. ^_____^

 Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.


Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. 

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu. 


"SALAM MUJAHID BUAT SEMUA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...