Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Monday 29 October 2012

Budak Kecik Tecik


teringat pada budak kecik kat umah..
namanya Amirin.
Raya Haji kedua hari tu pergi menziarah kt umah saudara mara..
pastu amirin ngan mama dia ikut sekali.
maka berlakulah perbualan ini.

Amirin  : Ma, k.nono balik bilo kedah?
Mama  : Male nie.. bkpo? nak g hantar jugop ko?
Amirin : bakpo k.nono sokmo mari meta jah? xpuas main ag nie.

@,@.. adoiii~!! terharu bila dengar dia cakap camtu.. Rindu jgk ek budak tu pada k.nono dia.. Amirin, k.nono g kedah 2minggu jah.. pahni k.nono balik, k.nono beli hadiah ko amirin, pahtu kito main sesamo deh.. kito main sapa puas. selagi xpuas, jgn breti.. huhu.. padehal.. brehi baloh ngan k.nono, xsangka plop rindu ko k.nono..

:D

Sunday 28 October 2012

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali nie, Nur nak tujukan kepada adik-beradik Usrah Jannah Nur. Nur xtahu kenapa, tapi malam nie Nur sedih sangat. Nur xtahu kenapa, walaupun xada sebarang pertalian, Nir sayang sangat dengan mereka. Nur xleh tgok kalau depa sedih, xleh tgok depa lam kesusahan. Allah dah campakkan rasa sayang dan kasih kepada depa melebihi rasa kasih Nur kepada diri Nur sendiri. Walaupun baru satu tahun setengah dengan mereka, walau xkenal mereka dengan rapat, walau jarang berbicara, walau jarang berhubung, rasa manisnya ukhuwwah itu tetap tersemai di hati.

Nur xharapkan depa baca entri Nur nie.. Nur jugak xharapkan sesiapa untuk baca blog Nur nie sebab memang Nur nak rahsiakan blog Nur nie sebab blog nie Nur hanya nak jadikan simpanan memori Nur je.. sekadar meluahkan rasa terbuku, sekadar dijadikan simpanan di hari mendatang.

Nur rasa cam malam nie, umur Nur pendek sangat. Yelah kan, ajal kita, kita tak tau bila. cuma yang terlintas di fikiran Nur pada waktu, saat dan detik ini pada jam 08:59pm, 28 Oktober 2012 dalam bilik No. 38, Aras 3 Blok P2 Kolej Kediaman IPG Kampus Darulaman ini, terdetik di hati Nur.

Ya Allah, Nur sayang adik beradik Usrah Jannah Nur.
Nur sayang sangat.
Nur tahu Nur banyak salah silap dekat depa, Nur mintak ampun Ya Allah.
Ya Allah, dulu.. mungkin Nur berkira dengan apa yang mereka lakukan terhadap Nur..
Sekarang, pada saat ini, Nur ampunkan segala salah silap depa pada Nur.
Nur halalkan segala makan minum depa.

Ya Allah,
Nur tahu, Engkau telah campakkan rasa kasih dalam hati Nur untuk depa.
Nur sayang depa melebihi rasa sayang Nur terhadap diri sendiri.
Nur sanggup lakukan apa saja untuk puaskan dan gembirakan hati depa.
Nur sanggup lukakan perasaan Nur sendiri.

Ya Allah, andai nyawa Nur tidak panjang.
Nur pohon Ya Allah, Nur pohon agar Engkau ampunilah segala dosa-dosa mereka.
Jagalah mereka dengan rasa Taqwa dan Iman kepadaMu.
Sayangilah mereka Ya Allah.
Jangan uji mereka dengan bebanan yang mereka tak sanggup hadapi.
Lindungi mereka.
Limpahkan rezeki dan kejayaan kepada mereka.

Ya Allah,
Walau mungkin Nur dah tak ada lagi,
Allah lindungilah mereka.
Semaikan rasa ukhuwah yang bersepadu dalam hati mereka.
Leraikanlah segala kekusutan yang melanda.
Andai ada hati yang tercalar, ubatkanlah.
Andai ada hati yang berdendam, leraikanlah.

Biarlah mereka hidup dalam rasa kasih antara satu sama lain.
Ya Allah, Nur pernah berharap
untuk pergi dari sini.
Pergi meninggalkan segala kekusutan yang melanda disini.
Namun, tetap Nur tabahkan hati.
kerana ingin bersama adik beradik Nur ini.
Ya, Nur akui dulu Nur hanya hipokrit semata.
Menutup rasa sedih dengan membiarkan banyak mulut mengata,
menunjuk gembira di depan mereka,
menangis terkapai terumbang-ambing sendirian.

Namun, makin lama mengenali mereka, 
membuat Nur untuk terus bersama mereka, bersama mencipta kejayaan
menuju gerbang kejayaan,
bergraduasi bersama.
terus mencari dan menyemai erti ukhuwah yang hakiki
dalam membina sebuah keluarga yang bersakhsiah tinggi dan saling menyayangi.

Perkenankanlah doa Nur.
Allahumma Ameen..


Gambar ahli Usrah Jannah Nur ada kat sebelah kanan blog Nur nie.. kat bawah sekali..
bolehla kalau nak tgok2. tula adik beradik Nur yang paling Nur sayang selepas 2 sahabat baik Nur, E dan Iman. Sayang depa kerana rasa kasih yang telah Allah campakkan dalam hati, sayang mereka kerana Allah, persaudaraan yang terjalin demi mendapatkan mardhatillah.

Wednesday 17 October 2012

Maafkan saya STKuK


Bismillahirrahmanirrahim

Kali nie, entri nie betul2 saya tujukan kepada awak.
Saya tahu awak xbaca blog saya nie,
sebab saya rahsiakan blog saya daripada orang lain.

saya ingin pinta kemaafan dari awak.
maaf, jika saya telah menolak awak jauh dari hidup saya.
maaf kerana telah menolak permintaan awak.
maaf kerana tidak dapat menerima awak.

Awak,
sudah puas saya berikhtiar,
sudah puas saya berfikir.
sudah puas saya menangis.
memohon pada yang Maha Pemurah
agar mengasihani saya,
agar memberikan saya pemikiran yang waras untuk menimbang baik buruknya permintaan awak itu.

Namun, akhirnya saya temui muhasabah cinta.
Cinta pada Ilahi, 
berharap pada yang Memahami.
saya temui kunci hidup,
sinar agama, ruang kebahagiaan.

MAAF! Anda tiada dalam kamus hidup saya.
Tidak semudah itu, untuk menerima insan yang saya tidak kenali.
Tidak semudah itu, saya menyungkurkan diri,
Tidak semudah itu, hati dimiliki,

HATI milik Allah,
usah dinafi lagi.

Salam penuh takzim, jangan kecewa.
Takdir itu Milik Allah.

Monday 15 October 2012

Bersyukurlah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada saat ini, pada waktu dan ketika ini, Allah masih lagi memberi ruang dan membuka pintu taubat kepada kita.
Allah juga masih lagi memberi peluang untuk kita mencari jalan-jalan perubahan untuk sama-sama perbaiki diri kita.
Allah juga masih lagi memberi nikmat untuk kita memperbanyakkan amalan-amalan kita.
Allah juga masih lagi memberi nyawa agar kita masih boleh berbakti untuk agama.
dan Allah bagi keamanan untuk kita persiapkan diri untuk berjuang di jalan Allah.
Allah juga masih lagi memberikan kita akal untuk kita berfikir dengan sewaras-warasnya kemana hala tuju kita selepas ini?
SYURGA ataupun NERAKA?
Moga-moga ditempatkan bersama Nabi Muhammad S.A.W, Para sahabat, Waliyullah dan juga Ulama'.

Terfikirkah kita?
Allah telah memberi banyak peluang kepada kita.
Ujian,
Mehnah,
Tribulasi,
Kesenangan,
Kebahagiaan,
Kejayaan,
Kegagalan,
Semuanya telah Allah berikan.
Tapi, bersyukurkah kita?
Di mana letaknya rasa kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya?
Mana buktinya?

Rasa Cinta dan kasih itu, bukan hanya sekadar ungkapan di bibir.
Bukan hanya sekadar terniat di hati.
Bukan sekadar luahan di jiwa.
Buktikan rasa kasih kita dengan amalan-amalan yang disertakan niat yang penuh pengharapan moga-moga ianya diterima.
Bina sifat ketakwaan dalam diri.
Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.


Wednesday 10 October 2012

NILAI yang RAPUH


##Luahan ini bukanlah untuk menghina sesiapa, tapi hanya untuk menyenangkan hati yang lara.
siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.
Maaf, sememangnya saya bersikap hipokrit! sebab saya masih lagi mahu menjaga hati-hati yang saya kasihi.
namun, semua itu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
apa yang saya korbankan, apa yang saya lakukan, apa yang saya usahakan, LANGSUNG tiada NILAI dimata yang menerima. 

Betapa ku meragui keikhlasan dalam berkawan. 
Sungguh tak kutemui maksud SAHABAT disini.
 Izinkan aku membawa diri, menjauhi segala masalah yang membelenggu.
 sungguh ku rindu SAHABATku yang nun jauh di sana,
 mengapa tegar aku dipisahkan. 
ku tak tertahan untuk di sini lagi. 

-Sungguh, aku hanya rasa dipermainkan disini.
 Perlunya aku hanya di waktu SUSAH sahaja, di waktu senang, aku sendirian, diabaikan. 
Sungguh, aku kecewa dengan sikap teman yang hanya menjadikanku sebagai BONEKA. 
Terima kasih duhai insan yang mengaku SAHABAT hanya pada mulut,
 akanku terus menjadi BONEKAMU. 

Aku sudah penat melalui semua ini.
Sudah penat!!
Sekarang, tolong biarkan aku sendiri.
Mulai detik ini, tidak akanku biarkan mana-mana insan untuk membonekakanku lagi.
aku sudah lama hidup begini, sejak berumur 7tahun lagi.
Hanya IMAN dan ATIKAH yang benar-benar sentiasa bersamaku disaat air mataku mengalir dan disaat mulutku kepoh bersuara.

Persetankan semuanya, aku sudah tidak percaya untuk mencari SAHABAT lagi.
Aku sememangnya bersyukur dengan apa yang aku ada.

Hatiku telah tawar dengan semua ini.
dan Aku..
akan mulai menjauh secara perlahan.

TITIK...!!

TERIMA KASIH SAHABAT!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...