Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Saturday 31 December 2011

Luahan Hati Hawa untuk Pelindungnya~!!

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita. 
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?


Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlanya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak san mahu padanya, sikit sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali hatinya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero yang paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah, pasti akan membawa kepada langkah yang seterusnya. One thing leads to another. Silap silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenag-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu, supaya nanti apabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung?
Mintalah pertolongan kepada Allah. Semoga DIA sentiasa melindungi.
Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Disaat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta DIA yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkanNya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izinNya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut.

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri. Jadilah kalian pelindung yang sejati, agar kita senantiasa berada dalam redha Ilahi, sampai tiba saatnya nanti...

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhanNya sedangakan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap Syurga seandainya perintah yang disuruhNya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan untuk kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran ''hutang'' kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah Taala baik, DIA tidak menerima kecuali perkara yang baik.

Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang Mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada para Rasul dimana Allah Taala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh.) Dan Allah Taala berfirman: ( Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu.) Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (Iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandanganNya daripada kita lantaran 'Haram' yang kita 'Halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' malainkan KEROSAKAN sahaja. 

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, 
meskipun dengan niat yang suci, 
kerana dia sentiasa menyedari, 
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni, 
kerana dia mengakui, 
makhluk bertanduk sentiasa "ready"! 
Ingatlah, DIA jua yang Maha Memerhati.

Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu dihati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu. 

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan Baginda bertanya: "Emgkau datang untuk bertanya tentang kebajian?"

Aku Menjawab, "Ya, Benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu  yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.


Sekadar muhasabah buat kita bersama.

"Salam Mujahid buat semua"

Friday 30 December 2011

REUNION ex-SRI AL-HIKMAH BATCH 2005

Assalamualaikum pembuka bicara buat sahabat2 sekalian.. 
Hari nie 30/12/2011 sahabat2 sy telah mengadakan reunion untuk bekas2 pelajar SRI Al-Hikmah Batch 2005, iaitu batch saya la.. Taw x sape yg buat reunion tu?? Sayala.. saya a.k.a Wan Nur Syukriah Binti Wan Zulkifli..
Seronok taw dapat kumpul ramai2 nie.. Tapi kan, satu je yg saya fed up sgt.. reunion yg sy buat tu sangatlah kucar kacir..
K.U.C.A.R K.A.C.I.R!!

sedih taw x..?? korang nak taw x kenapa saya sedih..?? sebab saya yang anjurkan benda tu n then sy xleh nak buat yg terbaik unt dyorg.. kelakor kan?? korang taw x..?? saya hepi sgt ngan reunion tu.. saya buat jugak reunion tu walaupun pada permulaannya saya tahu, kalau saya buat, saya xdpt pegi reunion tu.. korang tahu x kenapa sy buat?? sebab sy sedih tgok sorang kawan sy nie, dia ajak kwn2 lain tapi nampak cam xde sambutan.. sy pun usaha la unt buat reunion nie.. saya sanggup gadaikan kredit saya semata2 nak contact kwn2 lain.. walhal pd asalnya, bukan sy yg ajak.. orang lain.. bukanlah sy nak mengungkit, bukan jugak nak bangga diri ke ape?? tapi sy fed up reunion jd camnie..

hanya dua sahabat baik sy je yg tahu ape yg sy alami sepanjang handle reunion nie.. [walhal 4hari je duk pikiaq sal semua ni].. korang taw x,? asalnya reunion ni nak buat hari rabu, tp tunda sebab xdpt sambutan.. macam2 dugaan saya dapat.. tp, sy sabar je sebab saya tahu USAHA tangga KEJAYAAN kan?? n then IKHLAS tu boleh buat semuanya BERJALAN LANCAR.. sy teruskan usaha unt menganjurkan reunion nie..[cehhh~!! bunyi cam susah sgt.. hehe]

dah3.. malas lah nak citer sal nie.. 
korang nak tahu sape yg dtg unt reunion nie??? ok, meh sy gtaw.. yg perempuan... Saya, Iman, Ramizah, Basyirah, Atikah dan Syamimi [lain giler muka dia sekarang n dia tinggi. dia cantik sgt.. 6thun dah xjumpa ngan dia..]..

yg laki plak, Ameer, Hafizuddin, Shahril, Safuan, Rosli, Fahmi [terkejut jugak bila nampak batang hidung dia kat situ... wah2.. ensem dia skrg.. sgt berbeza dia yg 6thun dulu dgn skrg.. berbeza sgt.. huhu] dan jugak seseorang yang sy xdapat kenalpasti siapa dia.. tapi berdasarkan kawan sy ckp, nama dia Fitri.. tp, maaflah sy memang xdpt mengenalpasti dia sebab rasanya dia xsempat habiskan sampai darjah 6 kat sekolah kitorang..

excited taw dpt jumpa dyorg semua... hepi sgt..

walaupun sy xlayan sgt kawan2 yg laki nie, tp sy tetap hepi sebab bestfriends sy ada bersama saya.. nak tgok x gambar2 kitorang?? meh sy tunjukkan..


































kenangan terindah bersama~!! semoga ikatan UKHUWAH kita berkekalan selamanya.. nie gambar 4orang je baru.. ada lagi sebenarnya yg lain, tp xamik gambar diorang.. hehe..

"Salam Mujahid buat semua ye"


-asyubafinani08.blogspot.com-

Monday 26 December 2011

~Jomlah Couple!! Tak Haramlah!~

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.. Jawab ye, jangan xjawab... hehe.. Alhamdulillah hari nie, kita dapat jumpa lagi.. Alhamdulillah Allah bagi ruang dan peluang lagi untuk sy melalut dalam entri kali nie... kihkih.. ish3.. Astaghfirullah.. awat ceq happy semacam ja nie..?? Loklaq sungguh.. hehe..

Korang nak taw x, ape yg sy nak tulis hari nie..??? Td sy bukak akaun millatfacebook saya. saya terbaca satu blog nie.. saya amat2 tertarik dengan tajuk yang dipaparkan.. korang nak tau x apa tajuk dye.. hurmmmm.. sebelum sy gtaw, sy nak suh korang tekala dulu.. xsurprisela kalo gtaw terus.. huhu... cepat... cuba teka.. 

Dah3.. xyah teka lagi.. saya tahu mesti korang xleh teka kan.. meh sini sy gtaw.. huhu.. tajuk dye ialah
"Jomlah Couple! Tak Haramlah!" yang mana ditulis oleh Seharum Lavender dalam millatfacebook.
Ayuh kita sama2 baca dan hayati apa yang ingin disampaikan oleh penulis ye.. ^____^

 

                                                 





Persoalan 1 : "Saya kenal dia melalui FB. Dah lama gak kami berkawan, ada la nak dekat setahun. Hubungan kami memang intim. Tapi setakat ni ringan-ringan lagi. Kadang-kadang tu...memanglah takut. Tapi nak wat camne? Saya sayang giler kat dia"

Persoalan 2 : "Saya dah sedar zina tu dosa dan nak bertaubat. Tapi......Saya masih sayang lagi kat dia. Takkan saya nak tinggalkan dia setelah dah berzina dengan dia?" "Sedihnya...Ni la yang confius ni. Niat ni memang nak taubat. Tapi kenangan yang lama tu ganggu nak taubat. Nak tinggal ke nak terus kan dengan dia? Kalu nak tinggal, mane tanggungjawabnya?"

Persoalan 3 : "Dah hampir 8 bulan saya putus ngan BF saya, tapi sampai skang still lagi teringatkan kenangan kami bersama. Ada masa tu memang tak tahan. Mmmmm...nak tanya ckit, apa hukum onani? Huhu...."


AWAS! NAK COUPLE BOLEH, TAPI JAWAB DULU SOALAN2 INI


Bagi mereka yang sedang, belum atau sudah terjebak dengan "keindahan bercouple", sama ada yang zahir atau pun yang batin silalah menjawab soalan-soalan ini pula :

1. Bumi ini, diri kita dan si dia siapa yang cipta? Tidakkah kita melanggar perintah Allah SWT? "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." (Surah al-Isra’ 17: 32) Fahamilah bahawa Allah tidak menggunakan ungkapan "jangan kamu berzina" tetapi digunakan "jangan kamu MENGHAMPIRI zina". Bercinta sebelum kahwin adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang itu kepada perbuatan keji tersebut. Mengapa ye?

2. Tidakkah kita bersetuju bahawa : Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bila seseorang telah memulakannya maka dia telah memasuki millatfacebook yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

3. Ketika kita bercinta atau tengah "dating", mata kita tengok kat mana? Ada rasa terujakan? "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…" (Al-Nur: 30-31) Setuju tak? Sesiapa yang terlibat dengan budaya bercinta tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat kepada pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan

4. Ketika janji nak "dating" ada tak ingat pesan Nabi kita? “Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi) Untuk apakah syaitan menemani? Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina.

5. Bila nak cari tempat "dating" ada baca tak larangan daripada Nabi ni? “Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)

6. "Opsss!! Sori tersentuh tangan. Hehe..." Itu mula-mula, lama-lama dah biasa kan? Tersentuh bahu ada tak? Duduk rapat-rapat? Memanglah beralas tapi tak dosa ke? "Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." ( al-Tabarani) Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya? Sekiranya tidak, maka hebat benar iman orang tu!

7. Dalam seminggu, sebulan berapa kali top up handphone? "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.” Demikian gambaran atau kedudukan orang yang membazir di sisi Allah (al-Isra’ 27). Melakukan pembaziran masa dan harta berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet, sehingga ada pelajar yang sanggup "berpuasa" untuk berjimat duit belanja sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut. Kalau pelajar universiti, bila duit biasiswa atau PTPTN masuk, terus keluar berjoli, dengan siapa ye? Duit yang diberi tu amanah kan?

8. Kadang-kadang baca buku tak masuk kepala, kenapa ye? Kenapa hati susah menerima ilmu? Ilmu itu cahaya, kalau hati kotor dan gelap, bagaimana cahaya mahu menembusinya? Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Syed Waqi' tentang kesusahan dirinya untuk menghafal Al Quran . Gurunya menyuruh Imam Syafie meninggalkan segala dosa besar dan dosa kecil kerana : "Sesungguhnya ilmu itu cahaya, sedangkan cahaya ALLAH SWT itu tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa dan maksiat". Hilang keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Ilmu hanya menghuni di hati yang suci bersih. Walaupun kita pandai, tapi berkat tak ilmu tu?

9. Prestasi belajar kita pula bagaimana? Ada orang kata boleh mengganggu tumpuan dalam pembelajaran disebabkan asyik teringatkan ‘buah hati’, betul ke? "Maka apabila mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mereka itu mempunyai telinga dan dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (Al-haj, ayat 46) Benar cinta itu buta, sampaikan hati juga menjadi buta. Buta hati.

10. Apa perasaan ibu bapa kita kalau nampak anak mereka di sekolah, di universiti seronok berkasih-kasihan dengan kekasih hati? Apa perasaan mereka kalau dapat tahu anaknya sudah terlanjur? "Membohongi kedua ibubapa kerana harapan mereka untuk melihat anaknya cemerlang dalam akademik tetapi terpesong kepada cemerlang dalam mencari pasangan hidup pada usia yang muda. Apatah lagi sekiranya maruah dirinya tergadai dan hilang kehormatan diri. Tidak mampu dibayangkan betapa kecewanya mereka." Mak telefon hari ahad, tanya kita kat mana. Kita jawab sedang belajar di bilik, padahal sedang berseronok keluar dengan kekasih di bandar.

11. Kalau cikgu atau pensyarah dapat tahu kita belajar main-main, tak fokus dalam kelas, tak siap assignment sebab sibuk bercinta, tak terguriskah hati mereka? "Menyakiti hati guru dengan melaksanakan perkara haram tersebut. Tiada seorang pun guru ingin melihat anak didiknya gagal dalam pelajaran atau tercemar maruah dirinya disebabkan tindakan bodoh masa remajanya yang tidak dapat dikawal."

12. Setuju tak? Bila bersama dengan kawan kita kurang berbuat dosa, tapi bila bersama kekasih banyak dosa kita buat. Sampaikan hati yang rasa bersalah pada mulanya semakin lama sudah tidak rasa bersalah, malah sudah tidak malu untuk buat dosa tersebut. Hati rasa seronok berbuat dosa. "Bila dosa semakin menimbun, Allah janjikan neraka, ekoran banyak melanggar perintah Allah SWT dan amaran Rasulullah SAW. Lebih buruk lagi sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah SWT." Naudzubillah!

13. Solat kita khusyuk tak? Sentiasa lalai dan leka daripada mengingati Allah SWT. Akal dan hati fikiran tidak lagi mengingati Allah hatta ketika dalam solat sekalipun kerana jiwanya yang cenderung kepada mengingati pasangannya. Oleh yang demikian tiada ketenangan dalam jiwa mereka kerana ketenangan yang sebenar hanyalah dengan mengingati Allah SWT.

14. Mengapa hati tak tenang dalam setiap perkara kita lakukan? Hanyalah dengan mengingati Allah hati akan tenang. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". (Ar-Ra'd : ayat 28)

15. Bila nasi sudah menjadi bubur, boleh tak bubur nak jadi nasi semula? Hilang maruah dan harga diri kerana terlanjur melayan perasaan cinta tersebut. Telah terbukti gejala seks bebas yang menimpa remaja pada masa kini semuanya bermula dengan bercinta pada usia muda. Lebih parah lagi mereka menjadi ketagih dengan zina. Jika tidak dapat berzina mereka sanggup beronani untuk menghilangkan kergersangan. Dosa besar yang mereka lakukan ini menyebabkan iman tercabut daripada hati mereka dan tunggulah azab yang pedih di neraka.

16. Kalau sudah berumahtangga nanti, suami dapat tahu bagaimana pula? Ikatan perkahwinan yang akan datang menjadi keruh sekiranya suami mengetahui sejarah silam pasangannya yang pernah bercinta dengan orang lain. Pelbagai andaian buruk akan terbayang dalam fikirannya. Adakah pasangan yang bercinta pada zaman persekolahan atau zaman universiti akan kekal hingga ke alam perkahwinan? Apakah perasaan sekiranya dapat tahu suami atau isteri pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini?

17. Adakah kita tahu mengapakah kite semua diciptakan oleh Allah di dunia ni? Allah tak menciptakan kita hanya suka-suka. Hanya untuk enjoy dan suka-suka.

     "Maka apakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa maksud), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"-Surah Al-Mukminun (23):115

        Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah dan juga mengabdikan diri kepada Allah SWT. "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku." -Surah Adz-Dzariyat (51):56..



"Bercinta selepas kahwin itu beribadah, bercinta sebelum kahwin itu bermaksiat."


Haaaaa~!! korang dah baca kan??? jomlah kita muhasabah diri kita bersama.. Janganlah menganggap ini sebagai suatu kritikan, tapi anggaplah ia sebagai teguran membina.. Menegur bukan untuk menjatuhkan.. Tapi sama-sama memperbaiki agama, Iman, Umat Islam dan diri kita sendiri.. Ingatlah~!! kita di ambang dunia akhir zaman.. Kiamat bila2 masa sahaja berlaku.. Kita masih sempat untuk mengejar untuk beribadah, memohon keampunan kepada Tuhan pencipta Akhirat. Kita masih sempat untuk mengejar Syurga yang diimpikan oleh semua, kita masih sempat melimpahkan rasa kasih dan sayang kita kepada Allah S.W.T. Kita masih sempat membina sebuah mahligai di Syurga nanti, InsyaAllah..


#SalamMujahid,SalamPerjuanganbuatkitasemua.Sayangkorangselalu#



Sunday 25 December 2011

Kelebihan Kalam Allah!!



Assalamualaikum sahabat yang saya kasihi, kita berjumpa lagi.. =) Alhamdulillah, Allah masih lagi sudi member peluang untuk saya hidup hari nie.. Terima Kasih wahai Tuhan!


Entri kali nie saya nak kongsikan bersama sahabat2 semua tentang kelebihan2 ayat2 dan surah2 didalam Al-Quran. Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S secara tawatir [berperingkat-peringkat]. Al-Quran merupakan sumber utama Akidah Islam. Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W hendaklah berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerana kedua-duanya merupakan panduan dan pedoman kita untuk menjalani kehidupan sebagai Khalifah di muka bumi yang fana ini.



Kat bawah nie antara kelebihan2 surah2 yang terdapat dalam Al-Quran, betapa bijaksananya Allah dalam mengatur dan menciptakan sesuatu. Subhanallah, Maha Suci Allah, Sesungguhnya Tiada yang lagi hebat daripada Allah, Tuhan Sekalian Alam.
~ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

~ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

~  Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

~ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

~ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

~ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

~ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

~ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

~ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

~ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.


۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG
###Sampaikanlah walau satu ayat, Syaitan itu musuh manusia, jangan sekali-kali kita terpedaya dengan tipu muslihat dan helahnya. Ayuh sama2 kita baca, amal dan tadabbur ayat2 suci Allah S.W.T ini. Semoga Al-Quran menjadi pelindung kita di Mahsyar Nanti.. Aminnn..###
Salam Amal dan Salam Mujahid untuk semua..

Solat Jemaah?? Apa Kelebihannya??

Assalamualaikum kawan2 semua..  Korang sihat x nie..??? Kalau sihat,, ucapkanlah Alhamdulillah kepada Sang Pencipta sebab masih lagi sudi mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita.. Alhamdulillah..


Kalau xsihat, anggaplah ianya sebagai salah satu cara Allah menunjukkan rasa kasih dan sayangNya kepada kita. Mungkin Allah ingin menguji sekuat mana Iman kita terhadapNya dan mungkin juga nak menabahkan lagi kekutan Iman kita terhadapNya. Jadi, korang jangan sedih2 ye.. Senyum.. =) 



Tadi sy ada terbaca lam facebook.. dia cakap tentang solat berjemaah.. Subhanallah~!! Kuasa Allah memang tersangat hebat.. Segala ape yg dia ciptakan dan perintahkan memang benar2 punyai keistimewaan tersendiri... Hebatkan kuasa Allah.. 

 

Korang tau x?? Wan Marzuki Wan Ramli gtaw lam Berita Harian bahawasanya Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik.. Menarik bukan?? Jom kita baca lagi.. Baca sampai habis taw!! Baca Jangan xbaca.. Kalau x, xnak kawan ngan korang.. hehe..

SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.


Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.


Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.


Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.


Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
 

##MasyaAllah~!! Hebat kan kawan2.. Betapa hebatnya solat berjemaah yang Allah suruh kita buat kan..??? Xrugi kita solat berjemaah.. Tapi kan kawan2,, jangan la pulak kita solat jemaah nie semata2 untuk dapatkan kelebihan di atas… Yang paling penting ialah Niat kita untuk buat solat jemaah tu adalah semata2 kerana Allah.. Ingat tu ye.. Moga2 apa yang kita lakukan akan mendapat ganjaran daripadaNya..##
 Salam Mujahid semua~!! Ayuh kita sama2 lakukannya demi mendapatkan Mardhatillah.. ^_______^

Saturday 24 December 2011

Istimewanya sape2 yg xKapel b4 get married~!!

Assalamualaikum kawan2.. macam mana korang hari nie?? korang sihat ta nie..?? saya, Alhamdulillah sihat, sampai da terlebih sihat kot.. hohoho.. [hohoho??? saje je nak tiru Santa Claus.. esokkan hari krismas.. hehe..==''] Kawan2 na taw x, td sy terfikir sesuatu.. nak taw x ape dye..??

Cuba korang fikir, khususnya buat siapa yang single la.. kalau yg tgh hot bercinta atau tgh couple skrg,, korang jgn marah ye.. saya cuba bg pandangan je, bukan untuk mengkritik sape2..

Cuba korang renung.. Kalau kita nak bagi hadiah dkt orang, tambah2 orang yang paling kita sayang,, mestilah kita nak bagi yang terbaik untuk dia.. nak yang original kalau boleh.. taknak yang telah digunakan atau di'recycle' kan?? contohla.. kalau nak bagi jam, jam tu kalau xmahal pun, paling2 nak bg yang xpernah diguna,, nak bagi yang asal dari kedai kan.. [lekat bau kedai lagila maksudnye].. pastu xnak sape2 pun cuba guna atau pakai benda tu, even kita sendiri pun xleh cuba.. betul x..?? [maafla, kalau salah]

Begitulah jugak dengan diri kita.. Bagi seorang muslimah, sudah semestinya dia ingin berikan yang terbaik untuk suaminya.. cuba bayangkan kalau sebelum berkahwin, kita da pernah couple, da pernah luahkan perasaan2 cinta kita kt pakwe @ makwe kita.. da pernah ungkapkan I love You kt dyorg.. Mungkin masa dah kawin, memangla xde effect pape pun but hurmmm.. yela semuanya da kita bg kat orang lain selain zauj (suami) kita.. mungkin sedikit hamparla kot.. 


Atau dari perspektif lainla sy bg.. Contohla jam td.. Kita beli jam untuk orang yang kita sayang kan.. pastu tiba2 kita ada orang lain yang kita sayang... [maksudnya, orang baru, yg dulu da x berapa nak sayang.. hehe] Ibaratnya bagi yg couple sebelum kawin tu, camne ek nak citer..?? camni.. sape yg kapel b4 get married tu, diibaratkan macam jam yg paling best kita bg dkt someone that we loved, tiba2 dtg org lain yg kita syg lebih dripada org tu, kita amik balik jam yg kita bg td, then bg kat org baru tu... macam tula ibaratnya.. korang paham x nie?? kalau xpaham, xtawla nak terangkan cane..

itulah yang saya maksudkan.. Contohla mane2 wanita yang berkahwin n sebelum nie xpernah kapel, xpernah curahkan perasaan kepada mana2 laki,, mestilah dia curahkan segala2nya kepada suami dia yang dia cintai kan?? Lihatlah, betapa beruntungnya suami dia kerana dia melakukan segala2nya untuk suami dia.. Begitulah jugak dgn lelaki.. Maksudnya, kita bagi yang asal dari dalam hati kita, yang mana xpernah bgi kat orang lain pun.. begitu istimewanya kan sape2 yg xkapel tu..?? 

Hopefully, korang pahamla ape yg saya sampaikan tu.. kalau korang, xpaham harap maaf.. n sape2 yg terasa tu, maafla.. semua nie xde kaitan dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. saya cuma nak bagi opinion saya je.. Maaf andai tersalah kata n tersilap bicara.. Saya cuma ingin menyampaikan apa yang telah islam cakap, "Couple is Haram, Cinta yang Halal ialah Cinta Selepas Berkahwin" Korang amiklah ia sebagai suatu iktibar untuk korang ye..


Jom muhasabah kejap,, ayuh kita pilih, kita nak couple yang mana satu?? nak couple yg HARAM atau couple yang HALAL??


Sape yg xpaham, blehla kot tinggalkan komen.. hehe
"Salam Mujahid buat semua..^______^"




-asyubafinani08.blogspot.com-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...