Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Sunday 1 January 2012

Dimanakah Syabab?

Ya Ayyuha Syabab!
Aina Antum?
Wahai Pemuda!
Dimana kamu?

Apakah masih berselingkuh?
Menarik selimut dan bantal keasyikan dunia?
Apakah kalian masih berdengkur?
Mengecap mimpi tarian wanita penggoda?

Tidakkah kalian sedar nun jauh disana 
pemuda Palestina berjuang hanya dengan batu-bata?
Tidakkah kalian sedar nun jauh di eropah sana 
muslimah kita terpaksa berhadapan dengan penjara hanya kerana tetap mahu bertudung menjaga auratnya?

Tidakkah kalian sedar disini,
di bumi kita berdiri, rakan-rakan pemuda yang celik matanya, 
yang mempunyai keinginan membantu kalian.
Tercatuk terpana kerana bersendirian ditengah amukan Hedonisme?

Hayya hayya rijal!
Hayya biljihad! 
'Iysh 'azizan au mut syahidan.

Ayuh kita bangkit berjihad di jalan Allah, hidup mulia atau mati syahid, hanya kerana mempertahankan kalimah La Ila Ha Illallah! 


"Salam mujahid buat semua"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...