Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Monday 11 February 2013

Hati-Hati Dalam Bersahabat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari nie dah genap 21 hari peristiwa tu berlaku. Peristiwa yang tak mungkin dapat Nur lupakan. Peristiwa di mana kali kedua dipulaukan. Peristiwa di mana hati-hati yang terikat, telah kendur ikatannya.

Allah, sukar untuk lupakan semua ini. Betullah, dahulu, bila benda-benda macam ni berlaku dekat orang lain, aku selalu nasihatkan.. "Bersabarlah, Allah tengah menguji, Ujian itu tanda kasih Allah", "Maafkanlah, memaafkan itu lebih baik daripada berdendam"..

Nah, sekarang Allah pulangkan balik kata-kata itu. Allah pulangkan paku buah keras. Allah nak tengok macam mana aku aplikasikan kata-kata aku itu. Allah nak tengok, aku nie.. pandai nasihatkan orang je ke atau memag praktikkan..

Allah, sukar jugak ye untuk aku tempuhi semua ini. Walaupun dah nak dekat sebulan berlalu, tapi aku masih tak dapat nak lupakan. Betullah, kalau kita sendiri yang alami semua ni, kita memang susah nak terima kan.. Susah nak maafkan.

Dussshhh~ Lain kali berhati-hati bila bercakap. AWAS~! Allah akan uji setiap apa yang kita perkatakan sebab Allah amat murka kepada sesiapa yang bercakap, tapi dia tak amalkan apa yang dia cakapkan itu termasuklah sewaktu dia tengah nasihatkan orang. Memanglah waktu nak bagi nasihat dekat orang, kita kena bagi kata-kata semangat, kena menjadi pendengar dan pendamai tapi niatkan apa yang kita katakan itu, kita akan lakukan.

Hari ini aku tersedar.. Ya! Allah tengah uji aku! Aku kena bersabar. Aku kena kuat! Semua ini dunia jeeeee~ Kuat! Buat apa kita nak rasa sedih sebab manusia tinggalkan kita. Tapi, aku sepatutnya rasa sedih kalau Allah menjauhkan diri daripada aku.

Tapi, aku dilema! sebab Islam menuntut untuk "Hablun minallah dan Hablun minannas" Dua2 kena jaga. Dengan Allah pun ya, dengan manusia pun ya jugak.

Allah, peritnya ujianMu.. Ya Allah, aku dah maafkan apa yang dah berlaku tapi aku tak dapat lupakan apa yang berlaku. Setiap kali mengingati semuanya, hati aku terasa pedih, terasa pilu. Saat malam itu, semuanya bagaikan histeria dan semuanya menunding jari kepadaku. Ya, Aku SALAH! Aku Salah! Aku mengaku! Aku Salah! Dah tak ada apa yang nak diperkatakan lagi. Aku sudah serik, serik untuk diperlakukan sedemikian.

Kini, biarlah aku membawa diriku sendiri. Jangan bertanya lagi apa hendakku. Ahhhh~ egonya terasa diri ini. Kenapa masih ada sayang untuk insan-insan sebegitu? Mengapa? Prinsipku "Sahabat Sampai Syurga" itu masih tersemai kukuh dalam nadiku. Tapi, mengapa aku masih teras ingin menjauhkan diri daripada mereka? Mengapa.. Hari ni cuti, aku terasa tenang kerana tidak perlu bersua muka. Bolehlah aku menghirup udara segar sepuas-puasnya. Mula memadamkan memori duka itu.

Allah, teguhkan lagi ukhuwwah kami.. Teguhkan Ya Allah..
Walau hatiku sakit dan pilu, tetap ingin aku doakan,
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa sahabatku, ampunilah dosa mereka.
Ya Allah, kau lindungilah mereka daripada segala anasir-anasir jahat.
Ya Allah, kau tunjukkanlah kami jalan yang benar sebagaimana engkau telah tunjukkan kepada umat Nabi Muhammad yang terdahulu.
Bimbinglah kami, ikatkan kembali hatiku dan hati-hati mereka atas REDHAMU, kerana kami ingin BERSAHABAT sampai ke SYURGAMU
dan
ubatkanlah luka di hati ini dengan rahmat kasihMu Ya Allah 
kerana 
aku tidak mampu untuk membuang memoriku bersama mereka dari mindaku.

Allahumma Ameen, Perkenankanlah.

"SAHABAT SAMPAI SYURGA"


~berjayakah aku dengan prinsipku ini?
sedangkan segalanya hampir retak?
Berjayakah aku terus utuh menegakkan kesabaranku.
Kata-kata perihal kepercayaan mula dibolakbalikkan.

~Dimana letaknya kepercayaan yang sebenar? Siapakah yang harus dipersalahkan?
Mengapa mesti ada hati yang terguris?
Mengapa mesti hati-hati yang menyayangi retak gara-gara 1 kesalahan?

Mengapa demi amanah yang dipikul, semuanya saling menuding jari menyalahkan yang lain?

Sedangkan semuanya saling berjanji UKHUWAH DI JALAN ALLAH.

Semuanya menuntut untuk saling mempercayai tetapi padahal pada waktu yang sama, mereka juga tidak menyedari bahawa mereka juga tidak mempercayai.

Malah, menganggap mereka itu betul.

YA! AKU SALAH! Aku tidak akan salahkan sesiapa kerana aku sudah tidak tegar dengan semua ini.

Rasa sayangku mula menipis dan rasa percayaku pada insan bernama sahabat sudah luntur dan rasa sabarku mula terhakis.

Semuanya kerana rasa sayang. Sayangnya, aku tidak dapat lagi hendak mengubati luka di hati dan tidak dapat untuk menyembuhkan serta menghilangkan parut yang berbekas.

Bukan hendak menyesali. Tapi, mula berhati-hati.
Mula menutup hatiku dari menyayangi dan mempercayai insan yang mengaku saling menyayang atas nama Allah, tetapi akhirnya, semua itu hanyalah PROPAGANDA!

Friday 23 November 2012

SAYAP KIRI MUJAHID


Bismillahirrahmanirrahim.
Hmmm, bercakap mengenai sayap kiri mujahid. Selepas melalui beberapa fasa dalam kehidupan, hidup dalam lingkungan sahabat-sahabat yang teguh imannya, hebat kekuatan dakwahnya, membawa diri ini satu kesedaran. DAKWAH!

Sesungguhnya, menjadi seorang da'ie bukanlah sesuatu yang mudah. Kita perlukan ketahanan yang kuat, perlukan thaqafah yang luas. thaqafah itu bukanlah setakap skop yang sempit, luas skopnya. Setiap orang muslim itu adalah da'ie.. kalau bukan untuk mujtamak sekalipun, diri sendiri pun jadi. Tapi, bg saya, itu tidak berbaloi. Kita ada keluarga, kita ada sahabat, kita ada orang yang kita sayang, takkan nak biar kita je yang nak masuk syurga. 

"Sesungguhnya muslim itu bersaudara". 

dan saya, awak, kamu dan kita! Kita sama2 masuk syurga ye. Sama2 mengamalkan amar makruf dan nahi munkar dalam kehidupan kita. Kalau nampak kemungkaran, kita sama2 tegur ye. 

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.

 (riwayat Muslim )

Jom cegah kemungkaran! Jom jadi seorang mujahid/mujahidah yang lebih baik dirinya hari ini berbanding semalam. Kalau xmampu nak cegah dengan tangan ataupun dengan kudrat yang ada, kita cegah dengan nasihat dan teguran ye. ^^,  Kalau xmampu jugak, kita tegur dengan hati.. Tapi, pencegahan dengan hati adalah selemah-lemah iman. dan sesiapa yang tidak ada perasaan benci terhadap sesuatu kemungkaran malahan bersetuju pula dengan program-program maksiat yang dianjurkan maka ia sudah tidak ada iman lagi dalam hatinya.Islam gariskan kaedah terbaik bagi ummah tangani masalah sosial dalam masyarakat

Saya sebenarnya kagum dengan sahabat-sahabat saya, diorang punya thaqafah sangatlah tinggi nak dibandingkan dengan saya. Saya? Ape ade? Aku ade, kau ade? haihhh. sedih dengar ayat tuu. sedih, hiba, pilu rasa hati ini. Mengimpikan untuk menjadi seorang mujahidah, tapi thaqafah dan keyakinan yang ada tu sangatlah rendah. Mujahidah ape macam tuuu??

Kalau kita nak ajak orang buat baik, kita kena buat baik dulu. Kita jangan sesekali mengajak orang melakukan sesuatu, tapi kita tak buat pun benda tu.. Allah akan melaknat kita.


Allah S.W.T telah berfirman didalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٢ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّـهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٣ 

Mafhumnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


Justeru, kalau saya nak menasihati dan menyuruh seseroang melakukan sesuatu, saya kenalah melakukan sesuatu tuuu dulu. Kita perlu menunjukkan qudwah hasanah dahulu sebelum menyeru dan mengajak orang lain. Tindakan itu barulah lebih berkesan. betul x? Atau kita boleh je sama2 melakukan perubahan.

Seorang daie mestilah berhikmah terhadap mad'u nya. InsyaAllah, kita pasti boleh? Kita kan nak masuk syurga sama2. Cuba tengok saudara seislam dan seakidah dengan kita di Gaza, Palestin. saya betul-betul termotivasi dengan diorang. Betapa beruntungnya mereka boleh bejihad dan mendapatkan syahid. Alangkah bahagianya kalau kita dapat syahid. Kita imbau pula bagaimana kehidupan mujahidah di sana. Allahu Rabbi, saya betul2 terkesan. sebab itu, hati ini mula terdetik, Ya Allah, betapa lalainya diri ini, lalai dalam mendapatkan redhaMu. Prinsip hidupku ialah "Menjadi hambaMu yang mendapakan RedhaMu" tapi mengapa kadang aku sering alpa. Bantu aku Ya Allah, bantu aku untuk mendapatkan redhaMu, bantu aku untuk mendapat hidayah dan petunjukMu.

Tuula, saya sudah melalui pelbagai tamrin sejak di tingkatan 1 sekolah Menengah lagi. Tapi, baru sekarang saya menyedari akan kepentingan thaqafah dalam kehidupan seorang da'ie.. terdetik di hati untuk mencari seberapa banyak thaqafah yang ada, bukan hanya sekadar fiqh semata, tapi dari sudut usuluddin, tauhid, sirah, siasah, muamalat dan semua aspek kehidupan.

Betul, Islam itu Syumul! Islam itu mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia, juga bersifat Rabbaniyyah, yakni ketuhanan, bersifat inqilabiyyah (bebas daripada fahaman lain), bersifat 'alamiyyah(universal), bersifat waqi'iyyah (praktikal), bersifat tajarrud, bersifat thabat dan murunah (tetap dan fleksibel).

Doakan saya menjadi sayap kiri para mujahid ye. Doakan kita menjadi daie penegak kalimah La Ilaha Illallah.

 Takbir!Wa lillahil hamd.

Salam Mujahidah, salam buatmu para sayap kiri mujahid, insyaAllah. ^^,

Bittaufiq wan najah..


Monday 29 October 2012

Budak Kecik Tecik


teringat pada budak kecik kat umah..
namanya Amirin.
Raya Haji kedua hari tu pergi menziarah kt umah saudara mara..
pastu amirin ngan mama dia ikut sekali.
maka berlakulah perbualan ini.

Amirin  : Ma, k.nono balik bilo kedah?
Mama  : Male nie.. bkpo? nak g hantar jugop ko?
Amirin : bakpo k.nono sokmo mari meta jah? xpuas main ag nie.

@,@.. adoiii~!! terharu bila dengar dia cakap camtu.. Rindu jgk ek budak tu pada k.nono dia.. Amirin, k.nono g kedah 2minggu jah.. pahni k.nono balik, k.nono beli hadiah ko amirin, pahtu kito main sesamo deh.. kito main sapa puas. selagi xpuas, jgn breti.. huhu.. padehal.. brehi baloh ngan k.nono, xsangka plop rindu ko k.nono..

:D

Sunday 28 October 2012

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali nie, Nur nak tujukan kepada adik-beradik Usrah Jannah Nur. Nur xtahu kenapa, tapi malam nie Nur sedih sangat. Nur xtahu kenapa, walaupun xada sebarang pertalian, Nir sayang sangat dengan mereka. Nur xleh tgok kalau depa sedih, xleh tgok depa lam kesusahan. Allah dah campakkan rasa sayang dan kasih kepada depa melebihi rasa kasih Nur kepada diri Nur sendiri. Walaupun baru satu tahun setengah dengan mereka, walau xkenal mereka dengan rapat, walau jarang berbicara, walau jarang berhubung, rasa manisnya ukhuwwah itu tetap tersemai di hati.

Nur xharapkan depa baca entri Nur nie.. Nur jugak xharapkan sesiapa untuk baca blog Nur nie sebab memang Nur nak rahsiakan blog Nur nie sebab blog nie Nur hanya nak jadikan simpanan memori Nur je.. sekadar meluahkan rasa terbuku, sekadar dijadikan simpanan di hari mendatang.

Nur rasa cam malam nie, umur Nur pendek sangat. Yelah kan, ajal kita, kita tak tau bila. cuma yang terlintas di fikiran Nur pada waktu, saat dan detik ini pada jam 08:59pm, 28 Oktober 2012 dalam bilik No. 38, Aras 3 Blok P2 Kolej Kediaman IPG Kampus Darulaman ini, terdetik di hati Nur.

Ya Allah, Nur sayang adik beradik Usrah Jannah Nur.
Nur sayang sangat.
Nur tahu Nur banyak salah silap dekat depa, Nur mintak ampun Ya Allah.
Ya Allah, dulu.. mungkin Nur berkira dengan apa yang mereka lakukan terhadap Nur..
Sekarang, pada saat ini, Nur ampunkan segala salah silap depa pada Nur.
Nur halalkan segala makan minum depa.

Ya Allah,
Nur tahu, Engkau telah campakkan rasa kasih dalam hati Nur untuk depa.
Nur sayang depa melebihi rasa sayang Nur terhadap diri sendiri.
Nur sanggup lakukan apa saja untuk puaskan dan gembirakan hati depa.
Nur sanggup lukakan perasaan Nur sendiri.

Ya Allah, andai nyawa Nur tidak panjang.
Nur pohon Ya Allah, Nur pohon agar Engkau ampunilah segala dosa-dosa mereka.
Jagalah mereka dengan rasa Taqwa dan Iman kepadaMu.
Sayangilah mereka Ya Allah.
Jangan uji mereka dengan bebanan yang mereka tak sanggup hadapi.
Lindungi mereka.
Limpahkan rezeki dan kejayaan kepada mereka.

Ya Allah,
Walau mungkin Nur dah tak ada lagi,
Allah lindungilah mereka.
Semaikan rasa ukhuwah yang bersepadu dalam hati mereka.
Leraikanlah segala kekusutan yang melanda.
Andai ada hati yang tercalar, ubatkanlah.
Andai ada hati yang berdendam, leraikanlah.

Biarlah mereka hidup dalam rasa kasih antara satu sama lain.
Ya Allah, Nur pernah berharap
untuk pergi dari sini.
Pergi meninggalkan segala kekusutan yang melanda disini.
Namun, tetap Nur tabahkan hati.
kerana ingin bersama adik beradik Nur ini.
Ya, Nur akui dulu Nur hanya hipokrit semata.
Menutup rasa sedih dengan membiarkan banyak mulut mengata,
menunjuk gembira di depan mereka,
menangis terkapai terumbang-ambing sendirian.

Namun, makin lama mengenali mereka, 
membuat Nur untuk terus bersama mereka, bersama mencipta kejayaan
menuju gerbang kejayaan,
bergraduasi bersama.
terus mencari dan menyemai erti ukhuwah yang hakiki
dalam membina sebuah keluarga yang bersakhsiah tinggi dan saling menyayangi.

Perkenankanlah doa Nur.
Allahumma Ameen..


Gambar ahli Usrah Jannah Nur ada kat sebelah kanan blog Nur nie.. kat bawah sekali..
bolehla kalau nak tgok2. tula adik beradik Nur yang paling Nur sayang selepas 2 sahabat baik Nur, E dan Iman. Sayang depa kerana rasa kasih yang telah Allah campakkan dalam hati, sayang mereka kerana Allah, persaudaraan yang terjalin demi mendapatkan mardhatillah.

Wednesday 17 October 2012

Maafkan saya STKuK


Bismillahirrahmanirrahim

Kali nie, entri nie betul2 saya tujukan kepada awak.
Saya tahu awak xbaca blog saya nie,
sebab saya rahsiakan blog saya daripada orang lain.

saya ingin pinta kemaafan dari awak.
maaf, jika saya telah menolak awak jauh dari hidup saya.
maaf kerana telah menolak permintaan awak.
maaf kerana tidak dapat menerima awak.

Awak,
sudah puas saya berikhtiar,
sudah puas saya berfikir.
sudah puas saya menangis.
memohon pada yang Maha Pemurah
agar mengasihani saya,
agar memberikan saya pemikiran yang waras untuk menimbang baik buruknya permintaan awak itu.

Namun, akhirnya saya temui muhasabah cinta.
Cinta pada Ilahi, 
berharap pada yang Memahami.
saya temui kunci hidup,
sinar agama, ruang kebahagiaan.

MAAF! Anda tiada dalam kamus hidup saya.
Tidak semudah itu, untuk menerima insan yang saya tidak kenali.
Tidak semudah itu, saya menyungkurkan diri,
Tidak semudah itu, hati dimiliki,

HATI milik Allah,
usah dinafi lagi.

Salam penuh takzim, jangan kecewa.
Takdir itu Milik Allah.

Monday 15 October 2012

Bersyukurlah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada saat ini, pada waktu dan ketika ini, Allah masih lagi memberi ruang dan membuka pintu taubat kepada kita.
Allah juga masih lagi memberi peluang untuk kita mencari jalan-jalan perubahan untuk sama-sama perbaiki diri kita.
Allah juga masih lagi memberi nikmat untuk kita memperbanyakkan amalan-amalan kita.
Allah juga masih lagi memberi nyawa agar kita masih boleh berbakti untuk agama.
dan Allah bagi keamanan untuk kita persiapkan diri untuk berjuang di jalan Allah.
Allah juga masih lagi memberikan kita akal untuk kita berfikir dengan sewaras-warasnya kemana hala tuju kita selepas ini?
SYURGA ataupun NERAKA?
Moga-moga ditempatkan bersama Nabi Muhammad S.A.W, Para sahabat, Waliyullah dan juga Ulama'.

Terfikirkah kita?
Allah telah memberi banyak peluang kepada kita.
Ujian,
Mehnah,
Tribulasi,
Kesenangan,
Kebahagiaan,
Kejayaan,
Kegagalan,
Semuanya telah Allah berikan.
Tapi, bersyukurkah kita?
Di mana letaknya rasa kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya?
Mana buktinya?

Rasa Cinta dan kasih itu, bukan hanya sekadar ungkapan di bibir.
Bukan hanya sekadar terniat di hati.
Bukan sekadar luahan di jiwa.
Buktikan rasa kasih kita dengan amalan-amalan yang disertakan niat yang penuh pengharapan moga-moga ianya diterima.
Bina sifat ketakwaan dalam diri.
Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...