Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Sunday 1 January 2012

Bila Malaikat Mencabut Nyawa~!!

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain, masuk menarik roh dari lutu hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpuan malaikat masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasulullah S.A.W lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka Malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S"

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T menghendaki seseorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah Malaikat Maut. Apabila Malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan in kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah Malaikat Maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Wahai Malaikat Maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." 
Sebaik sahaja Malaikat Maut mendapat perintah dari Allah S.W.T, maka Malaikat Maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim fan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana Malaikat Maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka Malaikat Maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya Malaikat Maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang-alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal Malaikat Maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka Malaikat Maut cuba pula dari arah telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali Malaikat Maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mshaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal, maka Malaikat Maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Wahai MalaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T, maka Malaikat Maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.



##Subhanallah, begitukah pengakhiran seorang mukmin? Sangatlah indah.. Tidakkah kita teringin untuk menjadi seperti itu. Tapi, layakkah kita? Sudah semestinya!! Ayuh kita bina roh-roh keimanan dalam diri. Ayuh kita hidup sebagai seorang mukmin. Ayuh kita bangkit bina kekuatan iman, bina kecintaan kita yang paling tinggi buat Allah dan RasulNya. Ayuh kita kejar syurga dengan menggunakan nikmat dunia pada jalan yang benar, pada jalan Allah.. Ayuhlah sahabatku! Ayuh kita menjadi seorang Mukmin yang sejati!!##


"Salam Mujahid buat semua"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...