Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Saturday 14 January 2012

Ya Allah! Aku Jatuh Cinta~!!

Cinta..
Ianya hadir tanpa dipinta
Menghembus lembut belaiannya.
ada apa dengan cinta?

Sudah fitrah manusia
ingin mencintai dan dicintai
namun, 
Cinta Abadi Cinta Ilahi.

Salahkah kita mengharap cinta?
Salahkah kita ingin bercinta?
Salahkah kita mencintai seseorang?
Salahkah kita merindui seseorang?

Cintailah dia kerana DIA
sayangilah dia kerana DIA
Rinduilah dia kerana DIA
Semuanya hanyalah kerana DIA, Tuhan Pencipta Kita

Bagaimana???
sahabat2.. sudah lumrah dan fitrah manusia, ingin mencintai, dicintai, merindui, dirindui, menyayangi dan disayangi.. Tak dapat dinafikan peranan cinta itu amat besar.. Namun, harus diingat!! Cinta Allah itu lebih Agung, lebih Mulia.


Pasti korang tertanya2, adakah sy punyai fitrah sebegitu? Jawapannya.. sudah semestinya.. walaupun pada luarannya, sy agak sukar unt berkomunikasi dgn ajnabi di alam realiti, namun pada dalamannya, rasa ingin bertegur sapa, mengenali semua yang ada itu tetap ada.. Namun, sy cuba mempraktikkan apa yang saya belajar, apa yg sy ketahui.. Saya pegang kata2 ustazah saya.. "Jagalah batas pergaulan kamu, jangan biar segala budaya disana menjatuhkan diri kamu sebagai seorang muslimah". bak kata pepatah arab, "Ilmu tanpa amalan, ibarat pokok tanpa buah" Bayangkan.. kita belajar sesuatu, tapi kita tak amalkan, apa guna ilmu itu?? Baik xpayah belajar.. Sesuatu tumbuhan yang kita tanam, pastinya kita mahukan hasilnya bukan?? Kalau xde hasil, apa guna kita tanam?

Itu jualah saya pegang, segala ilmu baik yang kita pelajari, haruslah kita praktikkan.. Kita harus bina diri kita kearah Mukmin sejati... Kita harus ikhtiarkan agar kita sentiasa teguh berdiri dan berjalan pada landasan yang betul. Mengenai fitrah manusia tadi, sy juga punyai semua perasaan seperti.. sangat2 xdpt dinafikan.. Namun, sy telah diterapkan dalam diri sy bhawasanya COUPLE itu HARAM! kenapa? sebabnya ianya lebih membawa ke arah maksiat... dengan berborak kosong dengan lelaki ajnabi pun, kita dah dapat dosa.. dosa pulak xterbilang.. inikan pula bilamana kita bercinta.. Cinta sebelum kahwin itu lebih banyak membawa dosa..
Mengapa perlu kita menzalimi diri sendiri dengan menambah dosa2 yg sedia ada? Sudahlah dosa akibat perbuatan lain xtertanggung, inikan pula ditambah dengan dosa bercinta..
Sesungguhnya Allah melarang kita daripada mendekati zina.. Zina pula ada banyak.. ada zina mata, ada zina hati, ada zina tangan, dan macam2 lagila.. MasyaAllah.. kalaulah bercinta, dah berapa banyak zina yang kita buat?? Zina mata apabila menatap wajah si dia yg tidak halal bagi kita. Zina hati apabila merindui si dia yang tidak halal bagi kita. Zina tangan apabila menyentuh si dia yg tidak halal bagi kita.. MasyaAllah, banyak dosa yang harus ditanggung! Sanggupkah korang??

Jadi, bagaimana cinta yang HALAL itu??

Sahabat2 yang saya kasihi sekalian, Cinta yang Halal itu Cinta kepada suami kita. Cinta selepas berkahwin. Masa itu, segala apa yang kita buat, semuanya pahala buat kita. Bila merindui suami kita, PAHALA. Bila menyayangi suami kita, PAHALA. Bila melihat suami kita, PAHALA.. MasyaAllah.. pemurahnya Allah.. Sampai begitu sekali Allah menjaga hamba2Nya. Jika mahu bercinta, kahwinlah.. Ingatlah! Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Kita harus kurangkan agenda mencari si SOLEH, sebaliknya tingkatkanlah agenda menjadi si SOLEHAH..

YA Allah!! Aku rindu kepada dia.. Aku rindu kepada jodohku.. Namun, aku tidak tahu siapakah jodohku yang bakal ENGKAU satukan dia dengan diriku.. Aku akan tetap menunggu jodohku.. Aku tidak mahu cintaku diluahkan dengan sia2 kepada si dia yang bukan jodohku. Ya Allah! Aku pohon, kau tingkatkanlah keimanan dalam diriku ini agar aku masih tegar berdiri dalam keredhaanMU.

Ya Allah! Aku Jatuh Cinta pada jodohku!


"Salam Mujahid buat semua =)"

-asyubafinani08.blogspot.com-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...