Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Sunday 25 December 2011

Kelebihan Kalam Allah!!



Assalamualaikum sahabat yang saya kasihi, kita berjumpa lagi.. =) Alhamdulillah, Allah masih lagi sudi member peluang untuk saya hidup hari nie.. Terima Kasih wahai Tuhan!


Entri kali nie saya nak kongsikan bersama sahabat2 semua tentang kelebihan2 ayat2 dan surah2 didalam Al-Quran. Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S secara tawatir [berperingkat-peringkat]. Al-Quran merupakan sumber utama Akidah Islam. Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W hendaklah berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerana kedua-duanya merupakan panduan dan pedoman kita untuk menjalani kehidupan sebagai Khalifah di muka bumi yang fana ini.



Kat bawah nie antara kelebihan2 surah2 yang terdapat dalam Al-Quran, betapa bijaksananya Allah dalam mengatur dan menciptakan sesuatu. Subhanallah, Maha Suci Allah, Sesungguhnya Tiada yang lagi hebat daripada Allah, Tuhan Sekalian Alam.
~ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

~ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

~  Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

~ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

~ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

~ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

~ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

~ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

~ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

~ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.


۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG
###Sampaikanlah walau satu ayat, Syaitan itu musuh manusia, jangan sekali-kali kita terpedaya dengan tipu muslihat dan helahnya. Ayuh sama2 kita baca, amal dan tadabbur ayat2 suci Allah S.W.T ini. Semoga Al-Quran menjadi pelindung kita di Mahsyar Nanti.. Aminnn..###
Salam Amal dan Salam Mujahid untuk semua..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...