Selamat Datang ke Blog (", Rentetan HatiKu .")

Saturday 24 December 2011

Sifat Mazmumah~!!

Ya Allah, Jauhkan hati ini daripada sifat Mazmumah (Tercela)..

Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah kepada beberapa bahagian:





Gemar makan dan minum 
Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.


Banyak berkata-kata yang sia-sia
Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.


3 Marah
Betpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh Syaitan.


4 Hasad, dengki dan Iri hati
Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.


5 Kasih pada harta
Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh Islam.


6 Takbur
Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).


7 Riyak
Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.


8 Ujub
Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.


9 Kasih akan dunia
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.

##Ayuh sahabat2 semua, jom kita hindarkan jauh2 diri kita dari semua sifat2 mazmumah.. Bahaya taw kalau ada sifat mazmuah dalam diri nie.. Namun, manusia tu xperfect kan, macam mana sekalipun, tetap akan ada sifat2 sebegitu dalam diri.. kalo xbanyak, mesti sikit.. begitulah sebaliknya.. biasalah.. iman manusia kan sentiasa bertambah dan sentiasa berkurang.. sebab itulah kita kena sentiasa istiqamah dalam setiap apa yang kita lakukan.. Salam istiqamah, salam mujahid buat semua sahabat2 saya yang sangat saya sayangi.. =)##


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...